Pelancaran ke orbit 2019 dimulakan dengan pelancaran roket Long March 3B/G3 dan satelit Zhongxing-2D (Chinasat-2D)

Sebuah roket Long March 3B/G3 telah dilancarkan dari Launch Complex 2 (LC-2), Xichang Satellite Launch Center, China pada 11 Januari 2019, 1:11:04 AM waktu Malaysia dan tempatan. Roket Long March 3B tersebut telah menghantar sebuah satelit komunikasi penyiaran China, Zhongxing-2D (Chinasat-2D) ke orbit pindah geosegerak. Pelancaran tersebut merupakan pelancaran pertama roket dari permukaan Bumi membawa muatan ke orbit untuk tahun 2019.

Ketika artikel ini ditulis, 2 objek dari pelancaran tersebut telah dikatelogkan. Objek pertama (2019-001A/43920 – satelit Zhongxing-2D/Chinasat-2D) berada di orbit pindah geosegerak berukuran 35,794 km x 206.7 km dengan kecondongan 27.1º, manakala objek kedua (2019-001B/43920 – roket peringkat atas Long March 3B) berada di orbit berukuran 34,374 km x 168.2 km dengan kecondongan 27.09º. Satelit tersebut akan menggunakan sistem penujahnya sendiri untuk bergerak ke orbit geopegun Bumi atau orbit geosegerak Bumi.

IKLAN
Roket Long March 3B/G3 melancarkan satelit komunikasi penyiaran China, Zhongxing-2D / Chinasat-2D, ke orbit pindah geopegun
Kredit: China News / Xinhua [0]

Kedua-dua orbit geopegun Bumi dan orbit geosegerak Bumi adalah orbit bulat yang berukuran 35,786 km. Satelit yang berada di orbit tersebut memerlukan 1 hari atau 23 jam 56 minit 4 saat bagi membuat 1 orbit lengkap dan tempoh ini adalah sama dengan 1 putaran lengkap Bumi pada paksinya. Apa yang membezakan orbit geopegun Bumi dan orbit geosegerak Bumi ialah, orbit geopegun Bumi mempunyai kecondongan 0º berbanding garis khatulistiwa, manakala orbit geosegerak Bumi mempunyai kecondongan yang lebih dari 0º.

Gambaran orbit 2 objek dari pelancaran tersebut (merah dan biru) yang berada di orbit pindah geosegerak berbanding orbit satelit Measat 3B yang berada di orbit geopegun Bumi
Kredit: Celestrak [2]
Simulasi JSatTrak

Kira-kira 70 minit selepas pelancaran, akhbar ketenteraan China, People’s Liberation Army Daily melaporkan bahawa misi pelancaran tersebut adalah berjaya [4].

Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai satelit tersebut. Menurut media China, satelit tersebut adalah sebuah satelit komunikasi dan penyiaran. Satelit itu akan membekalkan perkhidmatan radio, televisyen, serta televisyen kabel [0] [1]. Media barat pula berspekulasi bahawa satelit tersebut adalah sebuah satelit komunikasi ketenteraan yang beroperasi di orbit geopegun Bumi [4]. Satelit ini menggunakan bas satelit Dongfanghong-4 (DFH-4) dan dianggarkan mempunyai jangka hayat operasi selama kira-kira 15 tahun.

Roket Long March 3B yang digunakan ialah roket pelancaran ke orbit yang mempunyai 3 peringkat dan boleh menggunakan roket peringkat keempat tambahan YZ-1. Long March 3B/G3 adalah konfigurasi yang menggunakan reraut muatan yang mempunyai diameter 4.2 meter berbanding 4.0 meter yang digunakan pada Long March 3B/G2 [5]. Long March 3B/G3 mempunyai kapasiti muatan sehingga 5,400 kg ke orbit pindah geosegerak.

Roket Long March 3B menggunakan bahan bakar hipergolik (terbakar apabila 2 bahan bercampur) dan hidrazina dari jenis nitrogen tetroxide (N2O4) dan unsymmetrical dimethylhydrazine (UDMH) pada 4 roket penggalak, roket peringkat pertama, roket peringkat kedua, dan sekiranya digunakan, roket peringkat keempat YZ-1. Untuk roket peringkat ketiga, roket ini menggunakan bahan bakar hidrogen cecair (LH2) dan bahan pengoksida oksigen cecair (LOX). Roket Long March 3B dengan konfigurasi G3 kali pertama dilancarkan pada September 2011 bersama satelit Zhongxing-1A / Chinasat-1A, sebuah satelit komunikasi ketenteraan dan geganti data China [6].

Roket Long March 3B/G3 melancarkan satelit komunikasi penyiaran China, Zhongxing-2D / Chinasat-2D, ke orbit pindah geopegun
Kredit: js7tv.cn

Kredit gambar: China Daily / Xinhua (Roket Long March 3B/G3 melancarkan satelit komunikasi penyiaran China, Zhongxing-2D / Chinasat-2D, ke orbit pindah geopegun) [0]

Rujukan:

Anda Mungkin Juga Berminat

Pengendali radio amatur menerima gambar Bumi dan Bulan dari satelit mikro Longjiang-2 yang sedang me... Seperti kebanyakan satelit mikro lain, satelit DSLWP-B / Longjiang-2 yang sedang mengorbit bulan membolehkan pengandali radio amatur menerima signal radio dari satelit tersebut . Bergantung kepada jen...
Roket Long March 2C/SMA Menghantar 2 Satelit Pakistan ke Orbit Segerak Matahari Roket Long March 2C/SMA telah dilancarkan bersama 2 satelit untuk Pakistan . Pelancaran telah dilakukan pada jam 11:56 waktu Malaysia dan tempatan pada 9 Julai 2018. Roket tersebut dilancarkan dari Pu...
Roket Long March 3B melancarkan komponen orbit geopegun sistem navigasi satelit Beidou-3 GEO-1 Kemaskini terakhir: 2 November 2018, 6:00 PM   Sebuah roket Long March 3B telah melancarkan sebuah satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit pindah geopegun. Pelancaran tersebut telah dilakukan d...
China hantar pendarat dan perayau Chang’e-4 ke permukaan Bulan yang tidak menghadap Bumi Sebuah roket Long March 3B telah dilancarkan dari Xichang Satellite Launch Center, China, membawa pendarat dan perayau yang dikenali sebagai Chang'e-4 ke Bulan. Pelancaran tersebut telah dilakuk...