Malaysia akan menghantar eksperimen ke stesen angkasa ISS pada Februari 2019

Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bakal menghantar eksperimen sains ke stesen angkasa antarabangsa, ISS pada Februari 2019. Sampel eksperimen tersebut telah diserahkan kepada agensi angkasa Jepun, Japan Aerospace Agency (JAXA) pada 2 November 2018 lepas di Pusat Angkasa Tsukuba, Jepun. JAXA akan menghantar sampel tersebut bersama eksperimen dan perkakas lain ke Amerika Syarikat pada Disember 2018 untuk dilancarkan ke ISS pada Februari 2019 [0]. Ketika artikel ini ditulis, misi kapal angkasa kargo ke ISS dari Amerika Syarikat pada bulan Februari 2019 adalah misi oleh SpaceX iaitu pelancaran kapal angkasa kargo Dragon CRS-17 menggunakan roket Falcon 9 pada 17 Februari 2019 [3] [4] [5].

 

Dr. Noramaliza Mohd Noor mewakili Universiti Putra Malaysia menerima sijil penerimaan dari Shiho Ogawa, Pengarah JEM Utilization Center
Dr. Noramaliza Mohd Noor mewakili Universiti Putra Malaysia menerima sijil penerimaan dari Shiho Ogawa, Pengarah JEM Utilization Center
Kredit: JAXA [0]

 

IKLAN

Sampel yang dihantar tersebut dikenali sebagai “Smart Optical Fibres for Passive Dosimetry in Space” (SOFPADS). Pihak UPM telah menghantar 2 sampel iaitu E-SOFPADS dan I-SOFPADS [2]. E-SOFPADS akan didedahkan kepada sinar radiasi di luar stesen angkasa ISS di luar makmal KIBO. Di luar makmal KIBO, sampel E-SOFPADS akan diletakkan pada “Exposed Experiment Handrail Attachment Mechanism” (ExHAM) untuk didedahkan kepada persekitaran angkasa. I-SOFPADS pula akan didedahkan kepada sinar radiasi di dalam modul KIBO. Makmal KIBO atau “Japanese Experiment Module” (JEM) adalah modul di ISS yang dimiliki oleh agensi angkasa Jepun, JAXA.

 

Sampel Smart Optical Fibres for Passive Dosimetry in Space (SOFPADS) oleh UPM
Sampel “Smart Optical Fibres for Passive Dosimetry in Space” (SOFPADS) oleh UPM
Kredit: JAXA [0]

 

Sampel I-SOFPADS dijadual dihantar kembali ke Malaysia setelah pendedahan selama kira-kira 300 hari di ISS. E-SOFPADS pula dijangka tiba di Malaysia selepas 360 hari. Sampel tersebut akan dianalisis di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) dan Makmal Dosimetri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia. Kajian tersebut diketuai oleh Dr. Noramaliza Mohd Noor dan Prof Madya Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad dari Jabatan Pengimejan FPSK, Dr. Nizam Tamchek dari Fakulti Sains, Dr. Roshdi Hassan dan Prof. Madya Dr. Nawal Aswan Abdul Jalil dari Fakulti Kejuruteraan. 

 

Dosimeter ialah alat untuk mengukur kadar pendedahan kepada radiasi ion. Eksperimen tersebut akan menguji tindak balas gentian optik pada persekitaran graviti mikro tanpa berat di ISS untuk digunakan sebagai dosimeter pasif. Dosimeter pasif biasanya digunakan oleh angkasawan untuk mengukur tahap radiasi yang diterima oleh mereka sepanjang berada di angkasa.

 

Exposed Experiment Handrail Attachment Mechanism (ExHAM) pada makmal angkasa KIBO
“Exposed Experiment Handrail Attachment Mechanism” (ExHAM) pada makmal angkasa KIBO
Kredit: JAXA [6]

 

Kedudukan makmal angkasa KIBO (Japanese Experiment Module, JEM) di ISS
Kedudukan makmal angkasa KIBO (Japanese Experiment Module, JEM) di ISS
Kredit: NASA [7]

 

Makmal KIBO atau Japanese Experiment Module (JEM)
Makmal KIBO atau “Japanese Experiment Module” (JEM)
Kredit: NASA [8]

 

Kredit gambar: Roscosmos (Stesen angkasa antarabangsa, ISS) [9]

 

Rujukan:

[0] http://iss.jaxa.jp/en/kuoa/news/1811_kuoa.html

[1] https://www.facebook.com/angkasa.malaysia/photos/a.441944801202/10156681202416203/

[2] https://www.facebook.com/fpskupmofficial/posts/2213165998954465

[3] https://launchlibrary.net/1.4/launch/2019-02-01/2019-03-01

[4] https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=43418.0

[5] https://spaceflightnow.com/launch-schedule/

[6] http://iss.jaxa.jp/en/kiboexp/ef/exham/ExHAM-e_20160322-3.pdf

[7] https://www.nasa.gov/feature/facts-and-figures

[8] https://www.nasa.gov/content/space-stations-kibo-laboratory

[9] https://www.flickr.com/photos/roscosmos/45566091032/

Anda Mungkin Juga Berminat

Satelit CubeSat buatan Malaysia, InnoSAT-2 berjaya dilancarkan bersama satelit HysIS dan 29 satelit ... Kemas kini terakhir: 30 November 2018, 8:40 AM Sebuah satelit buatan Malaysia, InnoSAT-2, telah berjaya dilancarkan ke orbit. Pelancaran tersebut telah dilakukan dengan menggunakan roket Polar Satell...
Roket Falcon 9 Akan Melancarkan Satelit Telstar 19 VANTAGE ke Orbit SpaceX akan melancarkan sebuah satelit komunikasi Kanada, Telstar 19 VANTAGE ke orbit pindah geopegun (geostationary transfer orbit, GTO) dengan menggunakan roket Falcon 9 baharu dari "block 5". Pelan...
Satelit UiTMSAT-1 Bersama Kargo Dragon CRS-15 Tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa ISS Satelit UiTMSAT-1 bersama kargo yang dibawa oleh kapal angkasa Dragon CRS-15 telah selamat tiba di stesen angkasa antarabangsa, ISS. Lengan robotik Canadarm2 yang dikawal oleh angkasawan NASA, Ricky A...
SpaceX Melancarkan Satelit Komunikasi Telstar 19 VANTAGE, Mendaratkan Kembali Roket SpaceX telah berjaya melancarkan sebuah satelit komunikasi Kanada, Telstar 19 VANTAGE, ke orbit pindah geopegun (geostationary transfer orbit, GTO) dengan menggunakan roket Falcon 9. Pelancaran terseb...