Roket Long March 3B menghantar 2 satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit

Sebuah roket Long March 3B bersama roket peringkat atas Yuanzheng-1 telah dilancarkan dan meletakkan 2 lagi satelit untuk kegunaan sistem navigasi satelit BeiDou. 2 buah satelit tersebut ialah BeiDou-3 M15 dan BeiDou-3 M16 yang akan beroperasi di orbit sederhana Bumi. Pelancaran itu telah dilakukan dari Pusat Pelancaran Satelit Xinchang, China, pada 15 Oktober 2018, pukul 12:23 PM waktu Malaysia dan tempatan. Pelancaran tersebut merupakan pelancaran ke 28 oleh China ke orbit untuk tahun 2018 [1].

Roket Long March 3B melancarkan 2 satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit
Roket Long March 3B melancarkan 2 satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit
Kredit: Xinhua [0]

IKLAN

 

Satelit tersebut tiba di orbit selepas 3 jam pelancaran. 4 objek telah dikatelogkan dari pelacaran tersebut. 2 satelit BeiDou itu telah diletakkan di orbit sederhana Bumi berukuran 22,193 km x 21,542 km x 54.98º dan 22,193 km x 21,538 km x 54.98º [2].

Gambaran orbit objek dari pelancaran
Gambaran orbit objek dari pelancaran tersebut (merah) berbanding satelit BeiDou lain di orbit sederhana Bumi (biru), orbit geopegun Bumi (kuning), dan orbit geosegerak condong (hijau)
Kredit: CalesTrak [3]
Simulasi JSatTrak

 

Untuk pelancaran ini, roket Long March 3B yang digunakan telah dipasang dengan peralatan untuk merekodkan data dan melakukan pengesanan aktif. Maklumat yang diperolehi dari data tersebut akan digunakan untuk menentukan altitud dan masa payung terjun yang akan digunakan bagi mendaratkan badan roket dengan selamat jauh dari kawasan penduduk pada masa hadapan [1]. Ujian percubaan bagi pendaratan badan roket menggunakan payung terjun dijangka akan dilakukan pada 2019.

 

Untuk pelancaran ini, pengguna media sosial China telah menangkap beberapa gambar badan roket yang dibuang ketika pelancaran yang jatuh kembali ke darat.

 

 

Sistem navigasi satelit BeiDou merupakan sistem navigasi satelit yang ditawarkan oleh China. Sistem navigasi satelit lain ialah GPS oleh Amerika Syarikat, GLONASS oleh Rusia, dan GNSS oleh Kesatuan Eropah.


Sorotan pelancaran roket Long March 3B menghantar 2 satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit
Kredit: CCTV

 

Kredit gambar: Xinhua (Roket Long March 3B melancarkan 2 satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit) [0]

 

Rujukan:

[0] http://www.xinhuanet.com/english/2018-10/15/c_137534131.htm

[1] https://gbtimes.com/china-launches-two-more-beidou-navigation-satellites-tests-parachutes-on-expended-boosters

[2] https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=46157.msg1867796#msg1867796

[3] https://www.celestrak.com/NORAD/elements/

Anda Mungkin Juga Berminat

Roket Long March 3B melancarkan komponen orbit geopegun sistem navigasi satelit Beidou-3 GEO-1 Kemaskini terakhir: 2 November 2018, 6:00 PM   Sebuah roket Long March 3B telah melancarkan sebuah satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit pindah geopegun. Pelancaran tersebut telah dilakukan d...
Stesen angkasa Tiangong-2 China akan ditamatkan perkhidmatan dan keluar orbit secara terkawal pada J... Stesen angkasa kedua China, Tiangong-2 akan ditamatkan perkhidmatan dan akan melakukan proses keluar orbit secara terkawal pada Julai 2019, menurut Lin Xiqiang, timbalan pengarah 'China Manned Space E...
Long March 9: Roket Paling Berkuasa China Bakal Dibangunkan China terus meluaskan peranan mereka dalam industri angkasa dan bakal membangunkan roket baharu dari keluarga Long March. Roket yang bakal dikenali sebagai Long March 9 (LM-9/Changzheng 9/CZ-9) terseb...
Roket Ariane 5 ES Hantar 4 Satelit Sistem Navigasi Galileo ke Orbit Sebuah roket Ariane 5 ES telah dilancarkan dari pad Ensemble de Lancement Ariane 3 (ELA-3) di Guiana Space Centre, Kourou, French Guiana, pada 25 Julai 2018, jam 19:25:01 waktu Malaysia (jam 08:25:01 ...