Roket Kuaizhou 1A melancarkan satelit prototaip Centispace-1 1S ke orbit segerak Matahari

Sebuah roket Kuaizhou 1A telah melancarkan sebuah satelit prototaip Centispace-1 1S ke orbit segerak Matahari. Pelancaran tersebut telah dilakukan pada 29 September 2018 lalu pada jam 12:13 waktu Malaysia dan tempatan [0]. Pelancaran telah dilakukan dari Kawasan Pelancaran 4 dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China [1].


Rakaman pelancaran roket Kuaizhou 1A membawa satelit Centispace-1 1S ke orbit segerak Matahari
Kredit: CASIC/CCTV melalui SciNews [6]

IKLAN

 

Ketika artikel ini ditulis, satelit Centispace-1 1S berada di orbit berukuran 710 km x 695 km dengan kecondongan 98.22º [3]. Menurut Xinhua, satelit Centispace-1 1S adalah sebuah satelit eksperimen teknologi penambahbaikan sistem navigasi orbit rendah. Satelit tersebut mempunyai jisim kira-kira 97 kg [4].

Gambaran orbit Centispace-1 1S
Gambaran orbit Centispace-1 1S (710 km x 695 km x 98.22º) ketika artikel ini ditulis.
Kredit: JFSCC [3]
Simulasi JSatTrak

 

Gambaran artis - satelit Centispace-1 1S
Gambaran artis; satelit Centispace-1 1S
Kredit: Innovation Academy for Microsatellites, Chinese Academy of Sciences (CAS) [4]

 

Pelancaran ini merupakan pelancaran komersial kedua oleh roket Kuaizhou 1A. Pelancaran pertama telah dilakukan pada 9 Januari 2017. Kuaizhou 1A adalah sebuah roket 4 peringkat. 3 peringkat pertama roket tersebut menggunakan bahan bakar pepejal. Roket peringkat keempat pula menggunakan bahan bakar cecair. Kuaizhou 1A mempunyai jisim kira-kira 30,000 kg ketika dilancarkan dan mempunyai ketinggian kira-kira 19.4 meter dengan diameter sepanjang 1.4 meter. Roket tersebut mempunyai mampu membawa muatan berjisim sehingga 300 kg ke orbit rendah Bumi atau sehingga 200 kg ke orbit segerak Matahari [1].

 

Pelancaran tersebut merupakan pelancaran ke 26 dari China menghantar muatan ke orbit dan merupakan pelancaran ke orbit terbanyak untuk tahun 2018 ketika artikel ini ditulis. Amerika Syarikat pula mempunyai 23 pelancaran ke orbit. Tempat ketiga dipegang oleh Rusia dengan 10 pelancaran ke orbit [5].

 

Kredit gambar: Xinhua/Yang Xiaobo [0]

 

Rujukan:

[0] China launches Centispace-1-s1 satellite: http://www.xinhuanet.com/english/2018-09/29/c_137501953.htm

[1] Chinese light-lift Kuaizhou 1A launcher orbits Centispace-1 1S test satellite: http://www.spaceflightinsider.com/organizations/china-national-space-administration/chinese-light-lift-kuaizhou-1a-launcher-orbits-centispace-1-1s-test-satellite/

[3] https://www.space-track.org/

[4] https://mp.weixin.qq.com/s/vycwLHTMKl3l0DUxt0iYkA

[5] http://www.spacelaunchreport.com/log2018.html#site

[6] https://www.youtube.com/watch?v=4acMLiNKuKk

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Roket Long March 3A Melancarkan Satelit Navigasi BeiDou Baharu ke Orbit Roket Long March 3A telah melancarkan sebuah satelit navigasi BeiDou baharu ke orbit. Pelancaran telah dilakukan pada jam 04:58 waktu Malaysia dan tempatan pada hari Selasa, 10 Julai 2018 . Roket ters...
Roket Falcon 9 SpaceX Akan Melancarkan Satelit Pengintip Sepanyol, Paz Kemas kini terakhir: 12:40AM 22 Februari 2018   Pelancaran roket Falcon 9 untuk misi satelit Paz pada 10:17PM 21 Februari 2018 telah dibatalkan kerana keadaan angin altitud tinggi yang tidak ...
SpaceX “melukis” “nebula” di langit dan mendaratkan roket di daratan untuk k... SpaceX telah melancarkan sebuah roket Falcon 9 dan menghantar sebuah satelit pemerhati Bumi milik Argentina, SAOCOM 1A ke orbit rendah Bumi. Roket tersebut telah dilancarkan dari pad pelancaran SLC-4E...
Roket Long March 3B menghantar 2 satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit Sebuah roket Long March 3B bersama roket peringkat atas Yuanzheng-1 telah dilancarkan dan meletakkan 2 lagi satelit untuk kegunaan sistem navigasi satelit BeiDou. 2 buah satelit tersebut ialah BeiDou-...