Roket ciptaan Malaysia akan memulakan penerbangan suborbit dan melakukan pendaratan seawal suku pertama 2019

Kedah Rocketry Group, sebuah pertubuhan sains roket amatur Malaysia, mengumumkan akan melakukan penerbangan suborbit menggunakan roket Boleh 3 (B3) paling awal bermula suku pertama 2019. Roket Boleh 3 adalah sebuah roket boleh guna semula ciptaan tempatan dan roket tersebut akan menguji pendaratan menggunakan kaedah “retro propulsive” iaitu menghidupkan enjin roket secara mengundur yang dimodelkan seperti Falcon 9 oleh SpaceX atau New Shepard oleh Blue Origin [1].

 

IKLAN

Roket tersebut disasar untuk menawarkan perkhidmatan penerbangan suborbit kepada komuniti sains terutamanya dari Malaysia. Roket Boleh 3 akan menawarkan penerbangan sifar-g selama kira-kira 30 saat. Roket itu boleh membawa muatan maksimum bersaiz 3U CubeSat (30 cm x 10 cm x 10 cm) dan boleh dipasang dengan beberapa kamera dalaman dan luaran. Ketika dilancarkan, Roket Boleh 3 akan mempunyai berat maksimum kira-kira 20 kg.

Sebahagian spesifikasi roket Boleh 3
Sebahagian spesifikasi roket Boleh 3
Kredit: Kedah Rocketry Group [2]

 

Menurut hantaran pada laman Facebook Kedah Rocketry Group, roket Boleh 3 akan menggunakan kecerdasan buatan yang akan membolehkan roket tersebut belajar dengan sendiri kawalan ketika penerbangan dan pendaratan. Roket tersebut akan menggunakan sistem pendorong yang mempunyai 2 atau 3 kipas elektrik. Boleh 3 merupakan roket ke 4 dibawah siri “Boleh Rocket” selepas Boleh Mini, Boleh 1 dan Boleh 2. Roket Boleh 2 telah berjaya diuji pada Januari 2014 di Amerika Syarikat. Boleh 2 mempunyai jisim pelancaran 40 kg dan kelajuan maksimum 550 km per jam.

 

Kedah Rocketry Group ditubuhkan pada tahun 2009 oleh beberapa orang pelajar mekanikal Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) iaitu Ahmad Tamimi, Zack Raider, dan Hafizi din Koralev. Tan Zu Puayen menyertai Kedah Rocketry Group pada 2012 dan mula menerbangkan roket dari siri “Boleh Rocket”.

 

Kredit gambar: Kedah Rocketry Group (Reka bentuk roket Boleh 3) [0]

 

Rujukan:

[0] https://www.facebook.com/KedahRocketry/posts/1972076796165027

[1] http://www.spacetechasia.com/malaysian-amateur-group-to-launch-reusable-suborbital-rocket-q1-2019/

[2] https://www.facebook.com/KedahRocketry/photos/pcb.1831895200183188/1831894260183282/

Anda Mungkin Juga Berminat

MEASAT Bakal Melancarkan Satelit Baharu Syarikat pengendali komunikasi satelit Malaysia, MEASAT, bakal melancarkan sebuah lagi satelit baharu ke orbit geopegun bumi (geostationary earth orbit, GEO). Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) MEASA...
Malaysia akan menghantar eksperimen ke stesen angkasa ISS pada Februari 2019 Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bakal menghantar eksperimen sains ke stesen angkasa antarabangsa, ISS pada Februari 2019. Sampel eksperimen tersebut te...