Pengendali radio amatur menerima gambar Bumi dan Bulan dari satelit mikro Longjiang-2 yang sedang mengorbit Bulan

Seperti kebanyakan satelit mikro lain, satelit DSLWP-B / Longjiang-2 yang sedang mengorbit bulan membolehkan pengandali radio amatur menerima signal radio dari satelit tersebut [9]. Bergantung kepada jenis satelit, pengendali radio amatur boleh menyahkod data yang mengandungi maklumat bikon, telemetri, dan bagi satelit mikro Longjiang-2, gambar dari kamera pada satelit itu.

Gambar Bumi dan Bulan yang diterima oleh pengendali radio amatur
Gambar Bumi dan Bulan yang diterima oleh pengendali radio amatur
Kredit: Cees Bassa @cgbassa [7]

IKLAN

 

GBTIMES pada 10 Oktober 2018 telah melaporkan bahawa pengendali radio amatur telah menerima imej baharu dari satelit Longjiang-2 yang sedang mengelilingi Bulan [5]. Data yang dihantar oleh satelit Longjiang-2 tersebut telah diterima dan dinyahkod oleh pengendali radio di Bumi pada 7 dan 8 Oktober 2018. Longjiang-2 adalah sebuah satelit mikro yang berjisim 47 kg dan mempunyai saiz 50 cm x 50 cm x 40 cm. Longjiang-2 menghantar signal laluan turun (downlink) pada frekuensi 435.4 MHz (500 baud GMSK dengan 1/4 kod turbo)  436.4 MHz (baud GMSK dengan 1/2 kod turbo and pra-pengkod) [1].

Frekuensi saluran turun Longjiang-2
Frekuensi saluran turun Longjiang-2
Kredit: Harbin Institute of Technology [1]

 

Antara peralatan dan perisian yang digunakan oleh pengendali radio amatur untuk menerima imej dari satelit mikro Longjiang-2 di Bulan
Antara antena dan perisian yang digunakan oleh pengendali radio amatur untuk menerima imej dari satelit mikro Longjiang-2 di Bulan
Kredit: DK3WN melalui Harbin Institute of Technology [1]

 

Satelit mikro Longjiang-2 merupakan salah satu muatan sains yang telah dilancarkan bersama satelit geganti (relay) Queqiao dalam misi sokongan kepada misi utama Chang’e 4 [3]. Muatan lain ialah satelit mikro Longjiang-1 dan satelit geganti itu sendiri. Pasangan satelit mikro Longjiang mempunyai peralatan sainsnya yang sendiri iaitu radio astronomi berfrekuensi rendah 1-30 MHz [4]. Cerapan pada frekuensi rendah tersebut dari Bumi adalah sukar kerana ganguan dari lapisan ionosfera. Selain itu, satelit mikro Longjiang-1 turut membawa muatan radio amatur yang dibangunkan oleh pelajar di Harbin Institute of Technology, China. Satelit mikro Longjiang-2 pula membawa muatan kamera mikro yang dibangunkan oleh King Abdulaziz City for Science and Technology (KACST) dari Arab Saudi.

Gambar permukaan Bulan yang ditangkap oleh kameca CMOS kecil oleh pelajar
Gambar permukaan Bulan yang ditangkap oleh kameca CMOS kecil oleh pelajar
Kredit: Harbin Institute of Technology [0]

 

Pasangan satelit Longjiang bergerak secara berasingan ketika perjalanan ke Bulan. Namun, hanya satelit Longjiang-2 berjaya memasuki orbit mengelilingi Bulan. Longjiang-2 mengorbit Bulan dengan orbit berukuran 13,800 km x 350 km dengan kecondongan 21º [6].

 

Misi Chang’e 4 adalah misi sains oleh China untuk menghantar pendarat dan perayau (rover) ke permukaan Bulan yang tidak menghadap Bumi. Tempoh 1 putaran lengkap Bulan pada paksinya yang sama dengan tempoh 1 orbit lengkap Bulan mengelilingi Bumi iaitu kira-kira 29 hari menyebabkan sebahagian besar permukaan Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi. Pendarat Chang’e 4 tersebut dijadual dilancarkan pada Disember 2018. Satelit geganti sokongan Queqiao telah dilancarkan pada 21 Mei 2018 lepas menggunakan roket Long March 4C dari Pusat Pelancaran Satelit Xinchang, China. Queqiao dilancar bagi membolehkan pendarat dan perayau misi Chang’e 4 berkomunikasi dengan Bumi ketika berada di sebalik Bulan. Satelit geganti tersebut akan berada di orbit halo pada titik Lagrange 2 yang berada di sebalik Bulan.


Animasi gambaran orbit satelit geganti Queqiao membekalkan jalur komunikasi antara pendarat dan perayau Chang’e 4 dengan Bumi
Kredit: CASC melalui GBTIMES [8]

 

Kredit gambar: Harbin Institute of Technology (Gambar Bumi dan Bulan yang diambil oleh kamera Arab Saudi pada satelit mikro Longjiang-2) [0]

 

Rujukan:

[0] http://en.hit.edu.cn/m/news/3159

[1] http://lilacsat.hit.edu.cn/wp/?page_id=844

[2] http://en.hit.edu.cn/m/news/3130

[3] https://www.space.com/40626-china-launching-moon-mission-sunday-change-4.html

[4] https://gbtimes.com/change-4-lunar-far-side-mission-to-carry-microsatellites-for-pioneering-astronomy

[5] https://gbtimes.com/radio-enthusiasts-receive-new-earth-and-moon-images-from-chinese-microsatellite-in-lunar-orbit

[6] https://twitter.com/planet4589/status/1000831214603898880?lang=en

[7] https://twitter.com/cgbassa/status/1050045271265153024

[8] https://gbtimes.com/radio-enthusiasts-receive-new-earth-and-moon-images-from-chinese-microsatellite-in-lunar-orbit

[9] http://www.dk3wn.info/p/?p=90269

Anda Mungkin Juga Berminat

Roket Long March 3B melancarkan komponen orbit geopegun sistem navigasi satelit Beidou-3 GEO-1 Kemaskini terakhir: 2 November 2018, 6:00 PM   Sebuah roket Long March 3B telah melancarkan sebuah satelit sistem navigasi BeiDou ke orbit pindah geopegun. Pelancaran tersebut telah dilakukan d...
China hantar pendarat dan perayau Chang’e-4 ke permukaan Bulan yang tidak menghadap Bumi Sebuah roket Long March 3B telah dilancarkan dari Xichang Satellite Launch Center, China, membawa pendarat dan perayau yang dikenali sebagai Chang'e-4 ke Bulan. Pelancaran tersebut telah dilakuk...
Long March 9: Roket Paling Berkuasa China Bakal Dibangunkan China terus meluaskan peranan mereka dalam industri angkasa dan bakal membangunkan roket baharu dari keluarga Long March. Roket yang bakal dikenali sebagai Long March 9 (LM-9/Changzheng 9/CZ-9) terseb...
Roket Kuaizhou 1A melancarkan satelit prototaip Centispace-1 1S ke orbit segerak Matahari Sebuah roket Kuaizhou 1A telah melancarkan sebuah satelit prototaip Centispace-1 1S ke orbit segerak Matahari. Pelancaran tersebut telah dilakukan pada 29 September 2018 lalu pada jam 12:13 waktu Mala...