Krew stesen angkasa antarabangsa ISS Ekspedisi 57 dikurangkan kepada 5

Bulan Oktober 2018 akan menyaksikan stesen angkasa antarabangsa, ISS, melakukan pertukaran krew.

 

Pada 4 Oktober 2018 lepas, 3 orang angkasawan iaitu Drew Feustel (Amerika Syarikat/NASA), Ricky Arnold (Amerika Syarikat/NASA), dan Oleg Artemyev (Rusia/Roscosmos) telah kembali ke Bumi dari ISS dan selamat mendarat berhampiran Zhezkazgan, Kazakhstan dengan menaiki kapal angkasa Soyuz MS-08 [1]. Mereka telah berada di angkasa selama 197 hari sebagai krew Ekspedisi 55 dan 56.

Kapsul Soyuz MS-08 ketika pendaratan di Zhezkazgan, Kazakhstan
Kapsul Soyuz MS-08 ketika pendaratan di Zhezkazgan, Kazakhstan pada 4 Oktober 2018 lepas. Kelihatan enjin pendaratan dihidupkan untuk membuat kusyen udara bagi memperlahankan impak pendaratan.
Kredit: NASA/Bill Ingalls [6]

IKLAN

 

Pada 11 Oktober 2018 ini, 2 orang angkasawan iaitu Nick Hague (Amerika Syarikat/NASA), dan Alexey Ovchinin (Rusia/Roscosmos) akan ke orbit, seterusnya ke stesen angkasa antarabangsa, ISS. Mereka akan menyertai 3 lagi angkasawan yang masih berada di stesen angkasa tersebut iaitu Alexander Gerst (Jerman/ESA), Serena M. Auñón-Chancellor (Amerika Syarikat/NASA), dan Sergey Prokopyev (Rusia/Roscosmos). Ini merupakan kali kedua Alexey Ovchinin ke angkasa, dan merupakan penerbangan pertama Nick Hague ke angkasa.

 

Roket Soyuz FG dan kapal angkasa Soyuz MS-10 di pad pelancaran
Roket Soyuz FG dan kapal angkasa Soyuz MS-10 di pad pelancaran
Kredit: Energia/Roscosmos [5]

 

Nick Hague dan Alexey Ovchinin akan menaiki kapal angkasa Soyuz MS-10. Kapal angkasa tersebut akan dilancarkan ke orbit dengan menggunakan roket Soyuz FG. Pelancaran akan dilakukan dari Pad 1/5, Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Pelancaran akan dilakukan pada Khamis, 11 Oktober 2018 pada pukul 4:40 PM waktu Malaysia (2:40 PM waktu tempatan). Pihak NASA akan membuat liputan siaran langsung pelancaran, ketibaan, percantuman, dan pembukaan hac kapal angkasa Soyuz MS-10 melalui NASA TV.


Tonton liputan siaran langsung perjalanan kapal angkasa Soyuz MS-10 membawa 2 angkasawan ke stesen angkasa antarabangsa, ISS, pada 11 Oktober 2018.
Pelancaran: 3:30 PM waktu Malaysia
Ketibaan dan percantuman di ISS: 10:00 PM
Pembukaan hac dan sambutan ketibaan: 12:45 AM (12 Oktober 2018)

 

Setelah tiba di orbit, kapal angkasa Soyuz MS-10 akan mengejar stesen angkasa ISS untuk menyamakan orbit dan melakukan perjalanan pantas 4 orbit selama 6 jam sebelum tiba di stesen angkasa itu [2]. Setelah tiba di ISS, kapal angkasa Soyuz MS-10 dijadual bercantum secara automatik pada pangkalan cantum pada segmen Rusia ISS. Percantuman dijadual dilakukan pada pukul 10:44 PM waktu Malaysia hari yang sama. Pembukaan hac kapal angkasa dan sambutan ketibaan dijadual pada jam 12 Oktober 2018, 1:10 AM waktu Malaysia, selepas proses percantuman selesai sepenuhnya.

Kedudukan dan gambaran orbit stesen angkasa antarabangsa, ISS, ketika Soyuz MS-10 berlepas dari pad pelancaran

Kedudukan dan gambaran orbit stesen angkasa antarabangsa, ISS, ketika Soyuz MS-10 berlepas dari pad pelancaran
Kedudukan dan gambaran orbit stesen angkasa antarabangsa, ISS, ketika Soyuz MS-10 berlepas dari pad pelancaran
(jika ISS tidak melakukan perubahan orbit selepas artikel ini ditulis)
Simulasi JSatTrak

 

 

Setelah kapal angkasa Soyuz MS-10 tiba di ISS, stesen angkasa tersebut akan mempunyai 5 orang krew berbanding 6 krew seperti kebiasaannya (selepas kapal angkasa Space Shuttle ditamatkan perkhidmatan). Ini kerana Soyuz MS-10 akan membawa seorang penumpang tambahan ketika kembali ke Bumi iaitu angkasawan pertama dari Emiriah Arab Bersatu sama ada Hazza Al Mansouri atau Sultan Al Niyadi. Angkasawan pertama Emiriah Arab Bersatu tersebut akan ke stesen angkasa ISS dengan menaiki kapal angkasa Soyuz MS-12 pada April 2019. Beliau akan tinggal di orbit selama kira-kira 11 hari dan akan kembali ke Bumi menaiki kapal angkasa Soyuz MS-10 [4].

 

Kredit gambar: NASA [0]

 

Rujukan:

[0] https://www.nasa.gov/image-feature/the-international-space-station-iss-as-seen-from-space-shuttle-discovery

[1] https://www.nasa.gov/press-release/space-station-crew-returns-to-earth-lands-safely-in-kazakhstan

[2] https://www.nasa.gov/press-release/nasa-television-to-air-launch-of-nasa-astronaut-on-first-space-mission

[3] https://www.nasa.gov/multimedia/nasatv/schedule.html

[4] http://wam.ae/en/details/1395302712743

[5] https://www.energia.ru/ru/iss/iss57/photo_10-09.html

[6] https://www.nasa.gov/image-feature/the-soyuz-ms-08-spacecraft-is-seen-as-it-lands-with-expedition-56-0

Anda Mungkin Juga Berminat

Kapal Angkasa Kargo Progress MS-09 Akan Menguji Tempoh Perjalanan Singkat ke Stesen Angkasa Antaraba... Walaupun stesen angkasa antarabangsa, ISS baru sahaja menerima ketibaan kapal angkasa kargo SpaceX Dragon CRS-15 pada 2 Julai 2018, kini stesen angkasa tersebut akan menerima ketibaan kapal angkasa ka...
Soyuz 2.1a Bersama Progress MS-08 Akan Cuba Dilancarkan Semula Pada 4:13PM 13 Februari 2018 Roket Soyuz 2.1a akan cuba melancarkan kembali kapal angkasa Progress MS-08 pada 4:13PM 13 Februari 2018 waktu Malaysia . Oleh kerana peluang untuk membuat perjalanan pantas 3 setengah jam telah ter...
3 Angkasawan Kembali ke Bumi Dari Stesen Angkasa Antarabangsa Kemas kini terakhir: 1:15 PM, 28 Februari 2018 3 orang angkasawan dari Ekspedisi 54 Stesen Angkasa Antarabangsa telah selamat mendarat di Kazakhstan pada 10:31 AM 28 Februari 2018 waktu Malaysia (8:3...
Stesen Angkasa Antarabangsa Akan Menguji Proses Mengubah Orbit Menggunakan Kapal Angkasa Amerika Sya... Stesen angkasa antarabangsa, ISS, akan menguji proses melakukan perubahan pada orbit stesen dengan menggunakan kapal angkasa dari Amerika Syarikat. Kapal angkasa yang akan digunakan ialah kapal angkas...