Stesen angkasa Tiangong-2 China akan ditamatkan perkhidmatan dan keluar orbit secara terkawal pada Julai 2019

Stesen angkasa kedua China, Tiangong-2 akan ditamatkan perkhidmatan dan akan melakukan proses keluar orbit secara terkawal pada Julai 2019, menurut Lin Xiqiang, timbalan pengarah ‘China Manned Space Engineering Office’ (CMSEO) dalam satu sidang media di Beijing pada 20 September 2018 lepas [1].  Tiangong-2 akan musnah ketika memasuki kembali lapisan atmosfera Bumi.

 

Stesen angkasa Tiangong-2 telah dilancarkan ke orbit pada 15 September 2016 dengan menggunakan roket Long March 2F/T dari Kawasan Pelancaran 4 (LA-4) di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China. Ketika artikel ini ditulis, Tiangong-2 beroperasi di orbit berukuran 394 km x 384 km dengan kecondongan 42.78º [3]. Sebagai perbandingan, stesen angkasa antarabangsa, ISS, beroperasi di orbit berukuran 409 km x 403 km dengan kecondongan 51.64º ketika artikel ini ditulis.

Gambaran orbit Tiangong-2 (biru) berbanding orbit stesen angkasa antarbangsa ISS (hijau)

IKLAN

Gambaran orbit Tiangong-2 (biru) berbanding orbit stesen angkasa antarbangsa ISS (hijau)
Gambaran orbit Tiangong-2 (biru) berbanding orbit stesen angkasa antarbangsa ISS (hijau)
Simulasi JSatTrak

 

Menurut Lin Xiqiang lagi, ketika ini, makmal angkasa Tiangong-2 itu masih berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan yang stabil. Malah, stesen angkasa itu akan terus melakukan eksperimen sains dan menguji aplikasi angkasa baharu sehingga Julai 2019 [4]. Malah, Tiangong-2 masih mempunyai bahan dorong yang cukup untuk melakukan pembetulan orbit atau pergerakan keluar orbit pada Julai 2019 nanti. Suhu dan tekanan kabin dan tangki bahan dorong juga masih stabil.

 

Langkah untuk melakukan proses keluar orbit secara terkawal dapat mengelakkan kejadian keluar orbit tanpa kawalan seperti yang berlaku pada stesen angkasa pertama China iaitu Tiangong-1 pada 2 April 2018 lepas [6] setelah Tiangong-1 mengalami kegagalan komunikasi seperti yang dilaporkan pada September 2016 [7].

 

Sepanjang hayatnya, stesen angkasa Tiangong-2 telah menerima lawatan dari 2 kapal angkasa. Lawatan pertama ialah lawatan dari kapal angkasa Shenzhou-11 pada 19 Oktober 2016 yang membawa 2 angkasawan China (Jing Haipeng dan Chen Dong) ke stesen angkasa tersebut. 2 orang angkasawan itu telah berada di orbit selama 33 hari sebelum pulang ke Bumi.

 

Selepas itu, Tiangong-2 menerima lawatan dari kapal angkasa kargo Tianzhou-1. Tianzhou-1 telah bercantum dengan stesen angkasa tersebut untuk kali pertama pada 22 April 2017 dan melakukan pengisian semula bahan dorong. Kapal angkasa kargo Tianzhou-1 telah bercantum semula dengan stesen angkasa Tiangong-2 dan melakukan pengisian semula bahan dorong pada 15 Jun 2017. Selepas Tianzhou-1 berpisah dari stesen angkasa itu selama 3 bulan untuk melakukan pelbagai eksperimen lain di orbit, kapal angkasa kargo tersebut bercantum kembali dengan stesen angkasa Tiangong-2 untuk kali ketiga pada 12 September 2017 dan melakukan pengisian semula bahan dorong kali terakhir dengan stesen tersebut.

Gambar stesen angkasa Tiangong-2 bercantum dengan kapal angkasa Tianzhou-1 yang diambil dari satelit pengiring kecil
Gambar stesen angkasa Tiangong-2 bercantum dengan kapal angkasa Tianzhou-1 yang diambil dari satelit pengiring kecil
Kredit: CCTV+ [9]

 

Tiangong-2 merupakan stesen angkasa kedua China selepas stesen angkasa Tiangong-1. Makmal angkasa itu mempunyai jisim kira-kira 8,600 kg dan berukuran 10.6 meter panjang dengan kelebaran sepanjang 3.35 meter. Seterusnya, China merancang untuk melancar sebuah stesen angkasa bermodul seperti stesen angkasa antarabangsa ISS ke orbit yang dijangka beroperasi bermula tahun 2022 [8]. Berbeza dengan program Tiangong-1 dan Tiangong-2 yang lebih kepada prototaip untuk menguji teknologi angkasa, stesen angkasa bermodul itu akan beroperasi dengan lebih lama. China turut menjemput penyertaan negara lain untuk menyertai misi stesen angkasa terbaharu tersebut.

 

Kredit gambar: China Manned Space Engineering, melalui SpaceFlightInsider [0]

 

Rujukan:

[0] http://www.spaceflightinsider.com/organizations/china-national-space-administration/chinas-tianzhou-1-docks-tiangong-2-space-station/

[1] China will deorbit its Tiangong-2 space laboratory in July 2019: https://gbtimes.com/china-will-deorbit-its-tiangong-2-space-laboratory-in-july-2019

[2] https://space.skyrocket.de/doc_sdat/tg-2.htm

[3] https://www.space-track.org/

[4] https://mp.weixin.qq.com/s?__biz=MzAwNTI2NjgwNA==&mid=2665688770&idx=2&sn=ce9b22204595ef9540dea5deae032233&chksm=8008c2d9b77f4bcf06a089bfe0d7c9fb97e5dd46192d5ab997a729744ef6ac82df63497cdb73&mpshare=1&scene=23&srcid=0926gi91H8hpKq5dQUY2Mvbe#rd

[5] http://news.sina.com.cn/c/2018-09-26/doc-ihkmwytp1781282.shtml

[6] China’s Tiangong-1 space lab plummets to Earth, breaks up over Pacific: https://edition.cnn.com/2018/04/01/asia/tiangong-1-china-space-lab-falls-intl

[7] Has Tiangong 1 gone rogue: http://www.spacedaily.com/reports/Has_Tiangong_1_gone_rogue_999.html

[8] China just invited the world to its space station: https://arstechnica.com/science/2018/05/china-just-invited-the-world-to-its-space-station/

[9] Accompanying Satellite Sends Back Photos of Shenzhou-11 and Tiangong-2 Complex: https://www.youtube.com/watch?v=ll4M5a1pJE0

 

Anda Mungkin Juga Berminat

SpaceX “melukis” “nebula” di langit dan mendaratkan roket di daratan untuk k... SpaceX telah melancarkan sebuah roket Falcon 9 dan menghantar sebuah satelit pemerhati Bumi milik Argentina, SAOCOM 1A ke orbit rendah Bumi. Roket tersebut telah dilancarkan dari pad pelancaran SLC-4E...
Pengendali radio amatur menerima gambar Bumi dan Bulan dari satelit mikro Longjiang-2 yang sedang me... Seperti kebanyakan satelit mikro lain, satelit DSLWP-B / Longjiang-2 yang sedang mengorbit bulan membolehkan pengandali radio amatur menerima signal radio dari satelit tersebut . Bergantung kepada jen...
China hantar pendarat dan perayau Chang’e-4 ke permukaan Bulan yang tidak menghadap Bumi Sebuah roket Long March 3B telah dilancarkan dari Xichang Satellite Launch Center, China, membawa pendarat dan perayau yang dikenali sebagai Chang'e-4 ke Bulan. Pelancaran tersebut telah dilakuk...
Roket Long March 4B melancarkan satelit pemerhati laut Haiyang-2B ke orbit Sebuah roket Long March 4B telah melancarkan sebuah satelit pemerhati Bumi Haiyang-2B ke orbit. Pelancaran tersebut telah dilakukan dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan di Wilayah Shanxi, China. Roke...