Saintis: Angkasa Mengandungi Banyak Kabus Berminyak Yang Kotor Dan Toksik

Sekumpulan saintis dari Universiti New South Wales, Australia dan dari Universiti Ege, Turki telah berpendapat bahawa kebanyakkan ruang di angkasa lepas adalah terdiri dari bahan berminyak yang kotor dan toksik, termasuklah jelaga, dan debu halus silikat seperti pasir. Kajian telah dibuat oleh kumpulan saintis tersebut bagi membuat satu anggaran yang tepat mengenai kuantiti “gris angkasa” yang ada di dalam galaksi Bima Sakti di ruangan antara bintang (interstellar space), sebagaimana yang dilaporkan oleh Live Science [2] pada 28 Jun 2018 (melalui The Guardian [1]).

Dari hasil kajian pasukan itu, mereka memutuskan bahawa galaksi Bima Sakti mengandungi 11 bilion trilion trilion tan (11 dengan 33 sifar selepasnya) bahan berminyak. Bahan berminyak tersebut terdiri dari sejenis karbon yang diikat dengan molekul hidrogen yang dikenali karbon alifatik (aliphatic carbon). Karbon jenis ini adalah salah satu dari jenis karbon yang dibebaskan oleh bintang ke angkasa, dan mungkin menjadi bahan penting dalam membentuk bintang-bintang dan planet-planet baru.

Gambaran heliosfera
Gambaran heliosfera
Kredit: NASA [3]

IKLAN

[https://mybit.my/ms/?p=1696]

Di Sistem Solar yang menjadi rumah kepada Bumi, angin suria (solar wind) dari Matahari yang terdiri dari zarah bercas (charged particle) membentuk heliosfera (heliosphere) [5]. Heliosfera ialah satu kawasan yang berbentuk seperti satu “buih” yang besar yang melangkaui orbit Pluto. Kawasan heliosfera ini menolak bahan-bahan yang terdapat dalam ruangan antara bintang keluar dari sistem solar. Namun, di luar sistem solar, ruangan antara bintang terdiri dari pelbagai bahan seperti gris, jelaga, debu, sinar kosmik, serta gas dalam bentuk ion, atom dan molekul yang membentuk medium antara bintang.

Kapal angkasa prob Voyager 1 yang dilancarkan pada 5 September 1977 merupakan objek buatan manusia pertama yang memasuki ruang antara bintang. Ia bakal disusuli oleh kapal angkasa prob Voyager 2 [4].

 

Kredit gambar: Matipon Tangmatitham [0]

 

Rujukan:

[0] Rocket, Meteor, and Milky Way over Thailand: https://apod.nasa.gov/apod/ap140212.html

[1] Space is full of dirty, toxic grease, scientists reveal: https://www.theguardian.com/science/2018/jun/27/space-is-full-of-dirty-toxic-grease-scientists-reveal

[2] The Milky Way Is Full of Toxic, Sticky Grease: https://www.livescience.com/62941-milky-way-space-grease.html

[3] Voyager Enters Solar System’s Final Frontier: https://www.nasa.gov/vision/universe/solarsystem/voyager_agu.html

[4] https://voyager.jpl.nasa.gov/mission/status/

[5] The Heliosphere: https://helios.gsfc.nasa.gov/heliosph.html

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Malaysia akan menghantar eksperimen ke stesen angkasa ISS pada Februari 2019 Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bakal menghantar eksperimen sains ke stesen angkasa antarabangsa, ISS pada Februari 2019. Sampel eksperimen tersebut te...
Objek Antara Bintang ‘Oumuamua Memecut, Mengubah Haluan Objek antara bintang (interstellar) pertama yang dikesan memasuki sistem solar, 'Oumuamua, didapati telah memecut dan meningkatkan kelajuan, seterusnya mengubah haluan sepanjang perjalanannya merentas...
Satelit CubeSat buatan Malaysia, InnoSAT-2 berjaya dilancarkan bersama satelit HysIS dan 29 satelit ... Kemas kini terakhir: 30 November 2018, 8:40 AM Sebuah satelit buatan Malaysia, InnoSAT-2, telah berjaya dilancarkan ke orbit. Pelancaran tersebut telah dilakukan dengan menggunakan roket Polar Satell...