Roket Long March 2C/SMA Menghantar 2 Satelit Pakistan ke Orbit Segerak Matahari

Roket Long March 2C/SMA telah dilancarkan bersama 2 satelit untuk Pakistan [1]. Pelancaran telah dilakukan pada jam 11:56 waktu Malaysia dan tempatan pada 9 Julai 2018. Roket tersebut dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan (Jiuquan Satellite Launch Center, JSLC) di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, China.

PRSS-1 dipasang pada penyesuai muatan
PRSS-1 dipasang pada penyesuai muatan
Kredit: SpaceFlightFans [5]

 

2 satelit tersebut ialah PRSS-1, dan PakTES-1A. PRSS-1 adalah satelit yang dibina oleh China untuk Pakistan dan merupakan satelit ke 17 yang dibangunkan oleh Akademi Teknologi Angkasa China (China Academy of Space Technology, CAST) untuk pelanggan antarabangsa mereka. PRSS-1 dijangka mempunyai hayat operasi selama 7 tahun. Satelit ini akan digunakan sebagai satelit cerapan bumi (earth observation satellite). PRSS-1 mempunyai 2 kamera pankromatik dan berbilang spektrum dengan resolusi masing-masing 1 meter dan 4 meter, serta jarak liputan 60 km [3].

IKLAN

PakTES-1A pula adalah satelit eksperimen saintifik yang dibina oleh Pakistan. PakTES-1A adalah sebuah satelit penderiaan jauh (remote sensing satellite) yang berjisim 285 kg. Satelit ini akan beroperasi di orbit segerak matahari (sun-synchronous orbit, SSO) 610 km [2]. PakTES-1A dijangka mempunyai hayat operasi selama 3 tahun.

Berdasarkan maklumat awal orbit bagi muatan yang dilancarkan seperti yang dilaporkan di forum NasaSpaceFlight, satelit-satelit tersebut telah dilepaskan ke orbit awal 588 km x 624 km dengan kecondongan 98.05° dan 588 km x 625 km dengan kecondongan 98.05° [7].

Roket Long March 2C/SMA menghantar satelit PRSS-1 dan PakTES-1A ke orbit
Roket Long March 2C/SMA menghantar satelit PRSS-1 dan PakTES-1A ke orbit
Kredit: CALT/CAST [6]

 

Kedua-dua satelit PRSS-1 dan PakTES-1A tersebut telah dilancarkan dengan menggunakan roket Long March 2C/SMA. Roket tersebut mempunyai ketinggian kira-kira 43 meter dengan diameter sepanjang 3.35 meter. Ketika pelancaran, roket tersebut mempunyai jisim sebanyak 233,000 kg.

Long March 2C/SMA adalah roket orbital 3 peringkat. Roket peringkat pertama dan kedua Long March 2C/SMA menggunakan bahan bakar hipergolik hidrazina “unsymmetrical dimethylhydrazine” (UDMH) dan pengoksida “dinitrogen tetroxide” (N2O2). Roket peringkat atas SMA pula menggunakan bahan pendorong pepejal “hydroxyl-terminated polybutadiene” (HTPB) [4]. Roket Long March 2C/SMA mempunyai kemampuan menghantar muatan ke orbit segerak matahari 600 km sebanyak 1,900 kg.


Sorotan pelancaran roket Long March 2C/SMA bersama 2 satelit Pakistan (PRSS-1 dan PakTES-1A)
Kredit: CGTN

 

Kredit gambar: Xinhua melalui NasaSpaceFlight [0]

 

Sejarah kemas kini:

2018-07-09 22:15 – video sorotan pelancaran oleh CGTN, maklumat orbit awal

 

Rujukan:

[0] https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=45323.msg1836426#msg1836426

[1] China Focus: China launches two satellites for Pakistan: http://www.xinhuanet.com/english/2018-07/09/c_137312041.htm

[2] Pakistan to launch RSS in July: https://nation.com.pk/24-Jun-2018/pakistan-to-launch-rss-in-july

[3] https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=45323.msg1836402#msg1836402

[4] LM-2C: http://cgwic.com/Launchservice/LM2C.html

[5] http://www.spaceflightfans.cn/34400.html

[6] https://mp.weixin.qq.com/s/Uej227eb7iunHdeOl61vnw

[7] https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=45323.msg1836472#msg1836472

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Roket Long March 2C Menghantar 2 Satelit Eksperimen Teknologi Ke Orbit China telah melancarkan sebuah roket Long March 2C dan menghantar sepasang satelit eksperimen teknologi ke orbit. Roket tersebut telah dilancarkan tepat pada 27 Jun 2018 11:30:05 AM waktu Malaysia dan...
China Menambah 2 Satelit Navigasi BeiDou di Orbit, Roket Jatuh Berhampiran Rumah Penduduk Pada 1:03PM 12 Februari 2018 waktu Malaysia, Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (China Aerospace Science and Technology Corporation, CASC) telah berjaya melancarkan roket Long March 3B d...
Roket Long March 3A Melancarkan Satelit Navigasi BeiDou Baharu ke Orbit Roket Long March 3A telah melancarkan sebuah satelit navigasi BeiDou baharu ke orbit. Pelancaran telah dilakukan pada jam 04:58 waktu Malaysia dan tempatan pada hari Selasa, 10 Julai 2018 . Roket ters...
Roket H-IIA Melancarkan Satelit Pengintip Jepun, IGS-Optical 6 Kemas kini terakhir: 18:15 27 Februari 2018 Agensi angkasa Jepun, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) telah mengesahkan kejayaan misi IGS-Optical 6 . Walaupun tiada liputan secara langsung ras...