MEASAT Bakal Melancarkan Satelit Baharu

Syarikat pengendali komunikasi satelit Malaysia, MEASAT, bakal melancarkan sebuah lagi satelit baharu ke orbit geopegun bumi (geostationary earth orbit, GEO). Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) MEASAT, Yau Chyong Lim, syarikat tersebut sedang bersedia untuk menempah satu satelit yang mempunyai daya pemprosesan yang tinggi dan berharap untuk meletakkannya di orbit pada tahun 2021, sebagaimana yang dilaporkan oleh SpaceNews [1] pada 4 Julai 2018.

Menurut beliau lagi ketika berada di persidangan APSAT 2018, satelit terbaharu tersebut akan memberi peluang kepada syarikat untuk mengurangkan kos. MEASAT merupakan salah satu syarikat pembekal komunikasi satelit untuk rantau Asia Pasifik. Satelit baharu tersebut dijangka turut beroperasi di slot 91.5° Timur yang ketika ini menempatkan 3 satelit MEASAT yang lain.

Satelit berdaya pemprosesan tinggi (high-throughput satellite, HTS) adalah sejenis satelit komunikasi yang menggunakan kaedah guna semula frekuensi dan berbilang alur sorot (spot beam) pagi membekalkan kapasiti yang lebih tinggi berbanding satelit telekomunikasi biasa.

Beliau juga berkata, MEASAT akan mengambil pendekatan “satelit hibrid” yang menggunakan pelbagai muatan untuk membekalkan pelbagai perkhidmatan pada satelit yang sama.

IKLAN

Ketika ini, MEASAT beroperasi dengan 6 satelit [8]:

MEASAT-2
Slot: 148° Timur
Orbit: Geosegerak (35,821 km x 35,772 km x 8.05°), operasi terbatas
Tarikh dilancar: 13 November 1996 [2]
Roket pelancar: Ariane-44L H10-3

MEASAT-3
Slot: 91.5° Timur
Orbit: Geopegun (35,811 km x 35,778 km x 0.05°)
Tarikh dilancar: 11 Disember 2006 [3]
Roket pelancar: Proton-M / Briz-M

MEASAT-3a
Slot: 91.5° Timur
Orbit: Geopegun (35,802 km x 35,788 km x 0.06°)
Tarikh dilancar: 21 Jun 2009 [4]
Roket pelancar: Zenit-3SLB

MEASAT-5 (iPStar-1/Thaicom 4/Synertone 1)
Slot: 119.5° Timur
Orbit: Geopegun (35,805 km x 35,786 km x 0.01°)
Tarikh dilancar: 11 Ogos 2005 [5]
Roket pelancar: Ariane-5GS

AFRICASAT-1a (Azerspace)
Slot: 46.0° Timur
Orbit: Geopegun (35,805 km x 35,784 km x 0.03°)
Tarikh dilancar: 7 Februari 2013 [6]
Roket pelancar: Ariane-5ECA

MEASAT-3b
Slot: 91.5° Timur
Orbit: Geopegun (35,801 km x 35,789 km x 0.04°)
Tarikh dilancar: 11 September 2014 [7]
Roket pelancar: Ariane-5ECA

 

Gambaran orbit satelit yang digunakan oleh MEASAT
Gambaran orbit satelit yang digunakan oleh MEASAT

 

Kredit gambar: MEASAT [0]

 

Rujukan:

[0] http://www.measat.com/media_image2_1.html

[1] Measat to join Asia’s HTS stampede with spacecraft in 2021: http://spacenews.com/measat-to-join-asias-hts-stampede-with-spacecraft-in-2021/

[2] http://space.skyrocket.de/doc_sdat/measat-1.htm

[3] http://space.skyrocket.de/doc_sdat/measat-3.htm

[4] http://space.skyrocket.de/doc_sdat/measat-3a.htm

[5] http://space.skyrocket.de/doc_sdat/ipstar-1.htm

[6] http://space.skyrocket.de/doc_sdat/azerspace-1.htm

[7] http://space.skyrocket.de/doc_sdat/measat-3b.htm

[8] MEASAT Fleet Overview: http://www.measat.com/satellite.html

Anda Mungkin Juga Berminat

Roket Ariane 5 akan melancarkan 2 buah satelit ke orbit pindah geopegun Arianespace, syarikat penyedia pelancaran ke angkasa dijadual melancarkan sebuah roket Ariane 5 ECA dari Kourou, French Guiana pada 26 September 2018 jam 05:53 waktu Malaysia (25 September 2018, jam 1...
Satelit CubeSat buatan Malaysia, InnoSAT-2 berjaya dilancarkan bersama satelit HysIS dan 29 satelit ... Kemas kini terakhir: 30 November 2018, 8:40 AM Sebuah satelit buatan Malaysia, InnoSAT-2, telah berjaya dilancarkan ke orbit. Pelancaran tersebut telah dilakukan dengan menggunakan roket Polar Satell...
Roket ciptaan Malaysia akan memulakan penerbangan suborbit dan melakukan pendaratan seawal suku pert... Kedah Rocketry Group, sebuah pertubuhan sains roket amatur Malaysia, mengumumkan akan melakukan penerbangan suborbit menggunakan roket Boleh 3 (B3) paling awal bermula suku pertama 2019. Roket Boleh 3...
Roket Atlas V Berjaya Melancarkan Satelit Cuaca NASA, GOES-S Roket Atlas V membawa satelit GOES-S berlepas dari Kompleks Pelancaran Angkasa 41 Kredit: ULA   Roket Atlas V 541 telah berjaya dilancarkan dan menghantar satelit GOES-S ke orbit. Roket t...