Long March 9: Roket Paling Berkuasa China Bakal Dibangunkan

China terus meluaskan peranan mereka dalam industri angkasa dan bakal membangunkan roket baharu dari keluarga Long March. Roket yang bakal dikenali sebagai Long March 9 (LM-9/Changzheng 9/CZ-9) tersebut boleh dikategorikan sebagai roket pembawa kelas muatan berat “super” (super heavy lift vehicle). Ketika artikel ini ditulis, China dan Amerika Syarikat mempunyai penerbangan roket terbanyak ke angkasa untuk tahun 2018, masing-masing telah melancarkan 18 muatan ke angkasa. Pelancaran terdekat seterusnya oleh China telah dirancang pada 6 Julai 2018 dengan muatan PRSS-1 dan PakTES 1A yang merupakan satelit pemerhati Bumi dari Pakistan ke orbit segerak matahari (sun-synchronous orbit, SSO).

Menurut laporan oleh Xinhua [1], roket Long March 9 bakal mempunyai keupayaan untuk membawa muatan sebanyak 140,000 kg ke orbit rendah bumi (low earth orbit, LEO), 44,000 kg ke orbit pindah Bumi-Marikh (Earth-Mars transfer orbit), 50,000 kg ke orbit pindah Bumi-bulan (Earth-moon transfer orbit), dan 66,000 kg ke orbit pindah geosegerak (geosynchronous transfer orbit, GTO). Roket tersebut dilaporkan bakal memulakan operasi pada tahun 2030.

IKLAN

Roket pembawa kelas muatan berat super (super heavy lift vehicle)
Antara roket pembawa kelas muatan berat “super” (super heavy lift vehicle).
Kredit: Thorenn [5]

[https://mybit.my/ms/?p=1717]

Setelah beroperasi, roket Long March 9 akan menjadi antara roket yang paling berkuasa yang pernah dibangunkan. Roket tersebut bakal menggunakan bahan bakar cecair. Roket itu dilaporkan akan mempunyai ketinggian sebanyak 93 meter dan mempunyai berat lebih dari 4,000,000 kg ketika dilancarkan. Long March 9 dilaporkan boleh digunakan dengan pelbagai konfigurasi iaitu konfigurasi penuh dengan 4 roket penggalak (booster), dengan menggunakan 2 roket penggalak, atau dengan menggunakan roket teras (core) tanpa roket penggalak [6].

Long March 9 bakal memberi saingan kepada roket yang dibangunkan oleh NASA iaitu Space Launch System (SLS) yang mempunyai kapasiti sebanyak 130,000 kg ke orbit rendah bumi [3]. Roket SLS bakal peroperasi pada tahun 2020. Sekiranya China boleh menawarkan harga yang berdaya saing kepada pelanggan mereka, Long March 9 juga mungkin mampu memberi saingan kepada roket generasi seterusnya dari SpaceX iaitu Big Falcon Rocket (BFR) yang mempunyai kapasiti muatan kira-kira 150,000 kg ke orbit rendah bumi ketika beroperasi dengan mendaratkan kembali roket (BFR dijangka mempunyai kapasiti sehingga 250,000 kg jika digunakan tanpa pendaratan kembali roket [2]). BFR dilaporkan akan beroperasi pada tahun 2022.

Antara roket dari keluarga Long March
Antara roket dari keluarga Long March.
Dari kiri; Long March 6 (aktif), Long March 7 (aktif), Long March 8 (dalam pembangunan), Long March 3B (aktif), Long March 5 (aktif), Long March 5B (dalam pembangunan), dan Long March 9 (dalam pembangunan).
Kredit: China Academy of Launch Vehicle Technology (CALT), melalui Gbtimes [4]

[https://mybit.my/ms/?p=1717]

Selain itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa China turut membangunkan roket yang boleh diguna semula iaitu Long March 8 yang bakal memulakan penerbangan pertama pada tahun 2021. Roket tersebut akan mempunyai 2 roket penggalak dan mempunyai 2 peringkat. Roket peringkat pertama dan roket penggalak Long March 8 akan didaratkan kembali melalui pendaratan secara menegak seperti roket Falcon Heavy oleh SpaceX.

 

Kredit gambar: Galactic Penguin SST/NasaSpaceFlight [0]

 

Rujukan:

[0] https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=30224.msg1584686#msg1584686

[1] China to develop new series of carrier rockets: expert: http://www.xinhuanet.com/english/2018-07/02/c_137295940.htm

[2] Making Life Multiplanetary: https://www.youtube.com/watch?v=tdUX3ypDVwI

[3] https://www.nasa.gov/sites/default/files/files/Creech_SLS_Deep_Space.pdf

[4] China to launch new Long March 8 rocket by end of 2018: https://gbtimes.com/china-launch-new-long-march-8-rocket-end-2018

[5] https://en.wikipedia.org/wiki/File:Super_heavy-lift_launch_vehicles.png

[6] https://www.chinaspaceflight.com/rocket/Heavy-Lift-Launch-Vehicle/Heavy-Lift-Launch-Vehicle.html

 

Anda Mungkin Juga Berminat

China hantar pendarat dan perayau Chang’e-4 ke permukaan Bulan yang tidak menghadap Bumi Sebuah roket Long March 3B telah dilancarkan dari Xichang Satellite Launch Center, China, membawa pendarat dan perayau yang dikenali sebagai Chang'e-4 ke Bulan. Pelancaran tersebut telah dilakuk...
China Menambah 2 Satelit Navigasi BeiDou di Orbit, Roket Jatuh Berhampiran Rumah Penduduk Pada 1:03PM 12 Februari 2018 waktu Malaysia, Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (China Aerospace Science and Technology Corporation, CASC) telah berjaya melancarkan roket Long March 3B d...
Roket Kuaizhou 1A melancarkan satelit prototaip Centispace-1 1S ke orbit segerak Matahari Sebuah roket Kuaizhou 1A telah melancarkan sebuah satelit prototaip Centispace-1 1S ke orbit segerak Matahari. Pelancaran tersebut telah dilakukan pada 29 September 2018 lalu pada jam 12:13 waktu Mala...
Roket Long March 3A Melancarkan Satelit Navigasi BeiDou Baharu ke Orbit Roket Long March 3A telah melancarkan sebuah satelit navigasi BeiDou baharu ke orbit. Pelancaran telah dilakukan pada jam 04:58 waktu Malaysia dan tempatan pada hari Selasa, 10 Julai 2018 . Roket ters...