Roket Long March 2C Menghantar 2 Satelit Eksperimen Teknologi Ke Orbit
China telah melancarkan sebuah roket Long March 2C dan menghantar sepasang satelit eksperimen teknologi ke orbit. Roket tersebut telah dilancarkan tepat pada 27 Jun 2018 11:30:05 AM waktu Malaysia dan tempatan. Pelancaran tersebut telah dilakukan dari Pusat Pelancaran Satelit Xinchang yang bertempat di Pusat Angkasa Xinchang [1].
Dengan pelancaran tersebut, China telah melancarkan 18 buah roket ke orbit untuk tahun 2018 dengan sasaran sebanyak 36 pelancaran. Pelancaran itu merupakan misi ke 278 untk roket dari keluarga Long March [3].
Rakaman pelancaran roket Long March 2C bersama pasangan satelit eksperimen teknologi XJS-A dan XJS-B.
Kredit: CCTV+ [6]
Menurut China Academy of Launch Vehicle Technology (CALT), pasangan satelit misteri tersebut adalah bertujuan untuk melakukan ujian hubungan komunikasi antara satelit di orbit dan percubaan teknologi pemerhatian bumi yang baru. Sebagaimana kebanyakkan program angkasa negara China yang lain, tidak banyak maklumat yang diketahui oleh umum mengenai misi tersebut. Komuniti NasaSpaceFlight menamakan pasangan satelit tersebut sebagai XJS-A dan XJS-B. Untuk pelancaran ini, reraut muatan (payload fairing) telah diubah suai dari reraut muatan standard Long March 2C kerana dimensi satelit tersebut terlalu besar dan tidak muat untuk reraut muatan standard [4].
Beberapa jam selepas pelancaran, 3 objek yang dilepaskan ke orbit dari pelacaran tersebut telah dikatelogkan [2]. Objek-objek tersebut ialah:
2018-054A/43518
Orbit: 465 km x 484 km x 35.0°
2018-054B/43519
Orbit: 476 km x 486 km x 35.0°
2018-054C/43520
Orbit: 468 x 485 km x 35.0°.
Selepas pelancaran roket tersebut, pengguna di forum Weibo melaporkan bahawa badan roket peringkat pertama Long March 2C tersebut telah jatuh berhampiran bandar Fuquan di wilayah selatan Guizhou yang menjadi laluan terbang roket ketika dilancarkan. Roket Long March 2C menggunakan bahan bakar hipergolik yang mengandungi hidrazina (hydrazine) yang toksik. Walau bagaimanapun, kawasan tersebut dikatakan telah dikosongkan sebelum pelancaran.
Oh wow! This is apparently the first stage of the Long March 2C launched today from Xichang smashing into a part of Fuquan city, downrange in Guizhou province, China. That’s very toxic hypergolic propellant exploding, but at least the area was likely evacuated ahead of launch. pic.twitter.com/4nUCkaSznK
— Andrew Jones (@AJ_FI) June 27, 2018
Badan roket Long March 2C jatuh dan meletup berhampiran bandar Fuquan
Kredit: Komuniti Weibo, melalui Andrew Jones (@AJ_FI) [7]
Roket Long March 2C ialah sebuah roket orbital yang dimiliki oleh negara China. Roket tersebut mempunyai ketinggian 42 meter dan berdiameter 3.35 meter. Long March 2C mempunyai jisim sebanyak 233,000 kg ketika pelancaran. Roket ini mempunyai kapasiti membawa muatan sebanyak 3,850 kg ke orbit rendah bumi (low earth orbit, LEO), 1,900 kg ke orbit segerak matahari (sun-synchronous orbit, SSO), dan 1,250 kg ke orbit pindah geosegerak (geostationary transfer orbit, GTO) [5]. Long March 2C menggunakan bahan bakar hipergolik unsymmetrical dimethylhydrazine (UDMH) dan nitrogen tetroxide (N2O4). UDMH adalah sejenis bahan hidrazina yang toksik.
Kredit gambar [0]
Rujukan:
[0] https://mp.weixin.qq.com/s/S1v5ZIBgvLhzvdHqM2Atvw
[1] China’s 18th space launch of 2018 carries two technology test satellites into orbit from Xichang: https://gbtimes.com/chinas-18th-space-launch-of-2018-carries-two-technology-test-satellites-into-orbit-from-xichang
[2] https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=45861.msg1833544#msg1833544
[3] China launches new-tech experiment twin satellites: http://www.xinhuanet.com/english/2018-06/27/c_137283970.htm
[4] https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=45861.msg1833468#msg1833468
[5] Long March 2C: https://en.wikipedia.org/wiki/Long_March_2C
[6] China Launches New-Tech Experiment Twin Satellites: https://www.youtube.com/watch?v=t5i4llXdzGU&t=0s
[7] https://twitter.com/aj_fi/status/1011922962746937344