Rocket Lab Akan Melancarkan Roket Electron Untuk Penerbangan Komersial Sulung

Kemas kini 2018-06-28 14:30

Rocket Lab telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan melakukan pelancarkan roket Electron untuk misi “It’s Business Time” sepanjang jendela pelancaran kini. Mereka masih tidak berpuas hati dengan data dari masalah pengawal motor sebelum ini, dan mahu menyiasat isu tersebut dengan lebih teliti. Menurut mereka, ini bagi memastikan pelancaran tersebut adalah 100% berjaya [18]. Peluang jendela pelancaran seterusnya masih tidak diumumkan.

 

Kemas kini 2018-06-28 06:00

Rocket Lab telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan cuba untuk melakukan pelancaran roket Electron untuk jendela pelancaran 28 Jun 2018. Pasukan Rocket Labs masih mengkaji data dari isu pengawal motor pada 27 Jun 2018. Mereka juga memaklumkan bahawa peluang pelancaran seterusnya masih dinilai [17].

 

Kemas kini 2018-06-28 01:00

IKLAN

Pelancaran pada 27 Jun 2018 ditangguhkan kerana masalah pengawal motor [16]. Rocket Lab masih tidak mengumumkan waktu baru untuk cubaan pelancaran seterusnya, namun percubaan pelancaran boleh dikatakan akan dilakukan setiap hari sepanjang jendela pelancaran.

 

Artikel Asal

Electron, roket pelancaran ke orbit berkapasiti ringan yang dimiliki oleh Rocket Lab akan melakukan pelancaran komersial sulung. Jendela pelancaran 4 jam setiap hari selama 14 hari telah dibuka dari 23 Jun hingga 6 Julai 2018 waktu New Zealand [2]. Cubaan pelancaran telah dilakukan pada 23 Jun, namun dibatalkan setelah antena di stesen pengesan julat jarak (downrange tracking station) yang berada di Kepulauan Chatham mengalami masalah. Faktor cuaca yang tidak mengizinkan seterusnya menyebabkan penangguhan pelancaran ditambah selama 2 hari. Cubaan pelancaran seterusnya adalah pada 8:30 AM 27 Jun 2018 waktu Malaysia (12:30 PM 27 Jun 2018 waktu tempatan).

Rocket Lab akan menyiarkan siaran langsung pelancaran tersebut di laman YouTube mereka [4]. Siaran langsung dijangka bersiaran kira-kira 15 minit sebelum jendela pelancaran bermula.

Roket Electron di pad pelancaran
Roket Electron di pad pelancaran
Kredit: Rocket Lab [12]

[https://mybit.my/ms/?p=1610]

Untuk pelancaran kali ini, roket Electron akan menghantar 5 muatan yang terdiri dari 4 buah satelit berskala kecil dan 1 demonstrasi teknologi. Muatan akan dihantar ke orbit elips 500 km x 250 km dengan kecondongan 85 darjah [3]. Selepas itu, “kick stage” Curie akan melakukan pembulatan orbit (orbit circularization). Muatan tersebut adalah:

2 x satelit LEMUR-2
LEMUR-2-ZUPANSKI dan LEMUR-2-CHANUSIAK akan menyertai konstelasi 50 satelit nano yang dimiliki oleh syarikat Spire. Konstelasi satelit tersebut akan beroperasi di orbit rendah bumi (low earth orbit, LEO) untuk memantau pergerakan kapal di lautan.

Gambaran artis satelit LEMUR-2
Gambaran artis: satelit LEMUR-2
Kredit: Spire Global [13]

 

1 x satelit IRVINE01
IRVINE01 ialah satelit CubeSat bersaiz U1 yang dibina oleh kira-kira 150 pelajar sekolah tinggi yang menyertai Irvine CubeSat STEM Program (ICSP) [3]. Satelit tersebut mempunyai kamera resolusi rendah yang akan mengambil gambar planet Zuhrah, bintang, dan objek cakerawala lain.

IRVINE01
Satelit IRVINE01
Kredit: Irvine Cubesat STEM Program [14]

 

1 x satelit CICERO
Satelit ini akan melakukan penghijaban radio (radio occultation) GPS dan Galileo (GNSS-RO) pada atmosfera bumi dan penderiaan jauh permukaan (surface remote sensing) berdasarkan pantulan GNSS (GNSS reflection) [5].

Gambaran artis - CICERO 6U CubeSat
Gambaran artis – CICERO 6U CubeSat
Kredit: Tyvak [15]

[https://mybit.my/ms/?p=1610]

1 x demonstrasi teknologi layar seret (drag sail) NABEO
NABEO adalah demonstrasi teknologi subsistem layar seret yang dibina untuk mempercepat kadar keluar orbit (de-orbit) satelit kecil yang tidak aktif. Layar seret tersebut dibina dengan menggunakan membran nipis dan hanya seberat 100 gram. Setelah dibuka, layar tersebut akan mempunyai keluasan 2.5 m2 dan akan menyebabkan kapal angkasa mengalami seretan yang lebih tinggi dari lapisan atmosfera yang amat nipis di angkasa. Ini membolehkan satelit keluar orbit dengan lebih cepat dan mengurangkan sampah angkasa di orbit rendah bumi [6]. NABEO dipasang pada “kick stage” Electron dan layar seret akan dibuka setelah 4 satelit lain dilepaskan.

Layar seret NABEO sebelum dibuka

Layar seret NABEO selepas dibuka
Layar seret NABEO sebelum dan selepas dibuka
Kredit: HPS [6]

 

Garis Masa Pelancaran

Masa (JAM:MINIT:SAAT) Peristiwa [2]
-00:02:00 Komputer pada roket Electron memulakan urutan pelancaran
-00:00:02 9 enjin Rutherford pada roket peringkat pertama dihidupkan
00:00:00 Roket dilancarkan
+00:02:42 Enjin utama (peringkat pertama) dimatikan
+00:02:45 Roket peringkat pertama dipisahkan
+00:02:48 Enjin vakum Rutherford pada roket peringkat kedua dihidupkan
+00:03:06 Reraut muatan (payload fairing) dibuang
+00:09:12 Electron mencapai orbit
+00:09:15 Enjin roket peringkat kedua dimatikan
+00:09:20 Roket peringkat kedua dipisahkan
+00:51:01 Kick stage” Curie dihidupkan
+00:52:07 Enjin Curie pada “kick stage” dimatikan
+00:54:10 Semua muatan dilepaskan dari roket

 

Roket Moden Electron

Electron adalah sebuah roket moden yang dibina dengan menggunakan teknologi terbaharu. Badan utama roket dibina dengan menggunakan komposit karbon yang ringan. Enjin pada roket Electron yang diberi nama Rutherfold adalah enjin roket orbital pertama yang menggunakan pam elektrik untuk menyuap bahan bakar dan bahan pengoksida. Hampir semua bahagian enjin dibina dengan menggunakan pencetak 3D untuk menjimatkan masa dan kos pembuatan.

Roket Electron adalah setinggi 17 meter dan mempunyai diameter sebanyak 1.2 meter. Jisim ketika pelancaran ialah sebanyak 10,500 kg. Enjin roket Elektron menggunakan bahan bakar kerosin gred roket dan oksigen cecair sebagai bahan pengoksida.

Roket Electron boleh menghantar muatan ke orbit dengan menggunakan 2 peringkat, atau 3 peringkat dengan menambah 1 “kick stage” untuk membantu muatan membulatkan orbit (orbit circularization). “Kick stage” tersebut turut dibina dengan menggunakan pencetak 3D dan menggunakan bahan bakar mono “hijau” yang tidak dinyatakan.

Roket Electron mensasarkan pelanggan dari sektor yang menggunakan satelit kecil (CubeSat). Roket tersebut boleh membawa muatan maksimum sebanyak 225 kg ke orbit segerak matahari (sun-synchronous orbit, SSO) 500 km [7]. Harga untuk 1 pelancaran roket Electron adalah kurang dari RM 24 juta (USD 6 juta) [8]. Sebagai perbandingan, roket orbital berskala sederhana Falcon 9 yang mampu membawa muatan sebanyak hampir 8000 kg ke orbit segerak matahari 500 km (Falcon 9 “block 2” [10]) mempunyai kos kira-kira RM 200 juta (USD 50 juta) untuk 1 pelancaran [9].


Video “kick stage” Curie dipisahkan ketika penerbangan roket Electron ketika misi “Still Testing” pada 21 Januari 2018
Kredit: Rocket Lab [11]

[https://mybit.my/ms/?p=1610]

Kredit gambar: Rocket Lab [0]

 

Sejarah kemas kini:

2018-06-28 14:30 – Tiada cubaan pelancaran untuk jendela pelancaran kali ini

2018-06-28 06:00 – Tiada pelancaran pada 28 Jun 2018

2018-06-28 01:00 – Penangguhan pelancaran

 

Rujukan:

[0] Rocket Lab Electron ‘It’s Business Time’ on the pad at LC-1
: http://www.rocketlabusa.com/gallery/

[1] Ground antenna problem scrubs Rocket Lab’s first commercial launch: https://spaceflightnow.com/2018/06/23/ground-antenna-problem-scrubs-rocket-labs-first-commercial-launch/

[2] http://www.rocketlabusa.com/assets/Uploads/Its-Business-Time-Press-Kit-FINAL-2.pdf

[3] IRVINE CUBESAT STEM PROGRAM: https://ipsf.net/what-we-do/irvine-cubesat/

[4] Rocket Lab: https://www.youtube.com/user/RocketLabNZ/

[5] http://space.skyrocket.de/doc_sdat/cicero.htm

[6] DEPLOYABLE DRAGSAILS (ADEO): http://www.hps-gmbh.com/en/portfolio/subsystems/deployable-dragsails-adeo/

[7] http://www.rocketlabusa.com/electron/

[8] Rocket Lab poised to provide dedicated launcher for CubeSat science: http://www.sciencemag.org/news/2017/12/rocket-lab-poised-provide-dedicated-launcher-cubesat-science

[9] With Block 5, SpaceX to increase launch cadence and lower prices: https://www.nasaspaceflight.com/2018/05/block-5-spacex-increase-launch-cadence-lower-prices/

[10] https://www.spaceflightnow.com/falcon9/001/f9guide.pdf

[11] Electron flight ‘Still Testing’ kick stage separation: https://vimeo.com/252435895

[12] https://www.facebook.com/RocketLabUSA/photos/a.1518704015009409.1073741828.1513941712152306/2075305552682583/?type=3&theater

[13] https://spire.com/data/custom-platform/

[14] Pilot Mission: Irvine 01: https://www.irvinecubesat.org/

[15] CICERO (Community Initiative for Continuing Earth Radio Occultation) pathfinder mission: https://directory.eoportal.org/web/eoportal/satellite-missions/content/-/article/cicero

[16] https://twitter.com/RocketLab/status/1011787184200749057

[17] https://twitter.com/RocketLab/status/1012077664822128640

[18] https://twitter.com/RocketLab/status/1012210728663519233

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Kapal Angkasa Kargo Progress MS-09 Akan Menguji Tempoh Perjalanan Singkat ke Stesen Angkasa Antaraba... Walaupun stesen angkasa antarabangsa, ISS baru sahaja menerima ketibaan kapal angkasa kargo SpaceX Dragon CRS-15 pada 2 Julai 2018, kini stesen angkasa tersebut akan menerima ketibaan kapal angkasa ka...
Roket Long March 2C melancarkan pasangan satelit pemerhati Bumi Yaogan-32 Sebuah roket Long March 2C telah melancarkan 2 buah satelit pemerhati Bumi Yaogan-32. Pelancaran tersebut telah dilakukan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China. Roket dan satelit pasangan terse...
Cygnus Ubah Orbit ISS, Bersedia Untuk Berlepas ke Orbit Kapal angkasa kargo Amerika Syarikat, Cygnus NG-9/OA-9 telah berjaya menguji kebolehan untuk mengubah orbit stesen angkasa antarabangsa, ISS. Ujian tersebut telah dilakukan bermula pada jam 04:24:50, ...
SpaceX bakal melakukan pendaratan roket “kembali ke tapak pelancaran” di pantai Barat AS Kemas kini terakhir: 7 Oktober 2018, 17:10   SpaceX bakal melakukan pendaratan "kembali ke tapak pelancaran" ("return to launch site", RTLS) roket peringkat pertama Falcon 9 di pantai Barat Ame...