Fortnite Battle Royale Menjana Pendapatan Tertinggi Berbanding Permainan Video Percuma Lain

Permainan video popular percuma, Fornite Battle Royale (Fortnite) telah menjana rekod pendapatan tertinggi untuk permainan video percuma iaitu sebanyak kira-kira RM 1.285 billion (USD 318 juta) untuk bulan May 2018, menurut laporan oleh SuperData [1] (melalui Recode [2]). Fornite Battle Royale adalah versi sampingan Fornite: Save The World, dan merupakan sebuah permainan video percuma bergenre pertarungan besar-besaran (battle royal) dan usaha bertahan hidup (survival). Fortnite boleh dimainkan merentasi pelbagai platform seperti Windows, macOS, PlayStation 4, Xbox One, iOS, Nintendo Switch, dan seterusnya Android.

Setelah permainan video bergenre pertarungan besar-besaran PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) menjadi permainan paling popular di platform permainan video Steam, Fornite turut dilancarkan untuk meneroka pasaran genre yang sama. Kejayaan Fortnite menyebabkan pembangun PUBG menyaman pembangun Fortnite [3] diatas kesalahan hak cipta mod “battle royale” dimana Fornite dituduh meniru antara muka dan barangan dalam permainan PUBG. Apa yang menarik, enjin permainan video yang digunakan untuk membangunkan PUBG iaitu Unreal Engine adalah dibangunkan dan dimiliki oleh pembangun Fortnite iaitu Epic Games. Namun, pembangun PUBG telah menarik balik saman tersebut pada 27 Jun 2018.

Fortnite Battle Royale
Permainan video Fortnite Battle Royale
Kredit: Fortnite [8]

IKLAN

[https://mybit.my/ms/?p=1655]

Walaupun percuma, ekonomi dan pendapatan untuk pembangun permainan video Fornite disokong oleh transaksi mikro dimana pemain boleh membeli “Viderbucks” (V-Bucks) yang merupakan mata wang dalam permainan video Fortnite. V-Bucks boleh digunakan untuk membeli barangan kosmetik dalam permainan seperti hero, kulit senjata dan watak, dan “emotes“.

Fornite bukan sahaja memberi pulangan yang besar kepada pembangun permainan tersebut, malah kepada pemain permainan video Fortnite itu sendiri. Permainan video tersebut terus meletup apabila selebriti popular seperti Drake, dan Travis Scott turut bermain Fornite [4]. Malah, Tyler “Ninja” Blevins, seorang penstrim pada platform Twitch dikatakan telah menjana pendapatan sebanyak kira-kira RM 3.5 juta (USD 875 ribu) sebulan dari derma, iklan, dan langganan saluran media Twitch dan YouTube beliau [5] setelah populariti beliau melonjak naik apabila Drake bermain permainan video Fortnite secara langsung bersama beliau dalam talian di platform Twitch. Pada bulan April 2018, saluran Twitch beliau mempunyai langganan sebanyak kira-kira 250,000 yang merupakan salah satu pendapatan secara langsung beliau dari platform Twitch. Malah, beliau dilaporkan kehilangan pendapatan sebanyak RM 565 ribu (USD 140 ribu) setelah kehilangan kira-kira 40,000 langganan [7] dari saluran Twitch apabila beliau bercuti dari penstriman selama 2 hari untuk menyertai ekspo E3 2018.

Tyler Ninja Blevins bermain permainan video Fortnite dalam talian di saluran Twitch
Tyler “Ninja” Blevins bermain permainan video Fortnite dalam talian di saluran Twitch
Kredit: Ninja [9]

 

Menurut laporan SuperData itu lagi, tempat kedua disandang oleh permainan video percuma Lineage M yang menjana pendapatan tertinggi sebanyak kira-kira RM 904 juta (USD 223.6 juta) pada Julai 2017. Permainan video realiti terimbuh (augmented reality, AR) yang pernah popular seketika, Pokémon Go pula berada pada tempat ke 5 dengan pendapatan bulanan tertinggi terjana pada Ogos 2016 dengan nilai kira-kira RM 823 juta (USD 203.5 juta). Permainan video popular dari Supercell iaitu Clash Royale dan Clash of Clans masing-masing berada di tangga 6 (Mac 2016 dengan nilai kira-kira RM 795 juta / USD 196.7 juta) dan tangga ke 8 (Februari 2016 dengan nilai kira-kira RM 633 juta / USD 156.7 juta).


Kredit: SuperData melalui Recode [2]

[https://mybit.my/ms/?p=1655]

Kredit gambar: Fortnite [0]

 

Rujukan:

[0] https://www.facebook.com/FortniteGame/photos/p.1924299620980686/1924299620980686/?type=1&theater

[1] Worldwide digital games market: May 2018: https://www.superdataresearch.com/us-digital-games-market/

[2] Fortnite is generating more revenue than any other free game ever: https://www.recode.net/2018/6/26/17502072/fortnite-revenue-game-growth-318-million

[3] ‘PUBG’ creators drop lawsuit over ‘Fortnite’ battle royale mode: https://www.engadget.com/2018/06/27/pubg-creators-drop-epic-games-fortnite-lawsuit/

[4] Celebrities Who Play Fortnite – Drake, Chance the Rapper and More!: https://www.twingalaxies.com/feed_details.php/661/celebrities-who-play-fortnite-drake-chance-the-rapper-and-more

[5] Esports Legend Ninja Confirms He Is Earning Over $500,000 Per Month: https://www.forbes.com/sites/darrenheitner/2018/03/20/esports-legend-ninja-confirms-he-is-earning-over-500000-per-month/

[6] Ninja Loses 40k Subs In Two Day Break: http://www.ladbible.com/entertainment/gaming-ninja-loses-40k-subs-in-two-days-20180614

[7] https://twitter.com/Ninja/status/1006871220065746944

[8] Fortnite: https://www.youtube.com/watch?v=QBDtE3B9z2E

[9] Ninja: https://www.youtube.com/watch?v=d_JMiG2-2M8