Opera 51 Datang Dengan Kelajuan Pelayaran Yang Lebih Baik

Opera 51 versi stabil telah dikeluarkan pada 7 Februari 2018. Pelayar web berasaskan Chromium itu datang dengan beberapa fungsi baru bagi mereka yang mencari pelayar web alternatif. Fungsi-fungsi seperti penghalang iklan, penghalang pelombong mata wang kripto berasaskan web (web based cryptocurrency mining), rangkaian persendirian maya (virtual private network, VPN) percuma, dan mod penjimat bateri automatik ditawarkan secara langsung dan terbina dalam oleh Opera. Opera 51 dikuasakan oleh Chromium 64 dengan talaan khas oleh pasukan pembangun Opera.

Versi terbaru Opera ini menawarkan 38% penambahan prestasi berbanding pelayar web Firefox. Menurut Opera, peningkatan prestasi ini adalah kerana Opera 51 disusun (compile) menggunakan penyusun (compiler) Clang. Sebelum ini, Opera sudah pun menikmati kepantasan yang ditawarkan oleh enjin Chromium dan V8 yang menjadi asas kepada pelayar web Chrome dari Google.

Opera
Kredit: Opera [1]

IKLAN

[https://mybit.my/ms/?p=512]

Selain itu, versi 51 ini menawarkan penambahbaikan kepada fungsi tetingkap pop-out ketika menonton video. Fungsi ini membolehkan anda menonton video pada tetingkap kecil yang timbul sambil melakukan terus melayari internet. Fungsi “Back to tab” membolehkan anda terus kembali dengan mudah ke tab asal yang memainkan video tersebut.

Opera
Kredit: Opera [1]

 

Sekiranya anda gemar mengubahsuai pelayar web, versi terbaru Opera ini membolehkan anda menggunakan gambar latar belakang desktop sebagai latar belakang Opera secara terus.

Opera
Kredit: Opera [1]

 

Selain dari itu, pelayar web Opera turut menawarkan beberapa fungsi lain yang menarik terbina dalam tanpa perlu pengguna memasang sambungan (extension) tambahan.

Fungsi berbual pada bar sisi
Membolehkan anda menggunakan perkhidmatan berbual seperti Facebook Messenger, WhatsApp dan Telegram secara terus

Fungsi penukar nilai mata wang, unit dan zon masa
Tukar nilai mata wang, unit atau zon masa yang tidak biasa kepada nilai yang selalu anda guna

Rangkaian persendirian maya (virtual private network, VPN) percuma
Sembunyikan alamat IP anda dari dilihat oleh pelayan web secara percuma. VPN memastikan pelayaran web anda tidak dihidu (sniff) oleh penggodam ketika anda melayari web menggunakan Wi-Fi awam

Penghalang iklan
Halang iklan yang melampau ketika melayari internet termasuk pelombong mata wang kripto berasaskan web (web based cryptocurrency mining) yang mencuri penggunaan elektrik dan tenaga bateri anda. Ini menjadikan pelayaran web anda lebih pantas

Guna sambungan (extension) Google Chrome
Oleh kerana Opera dibina berasaskan sumber kod yang sama seperti Chrome, sambungan (extension) untuk Chrome boleh turut digunakan pada Opera

[https://mybit.my/ms/?p=512]

Perisian pelayar web Opera adalah percuma dan ditawarkan kepada pengguna sistem operasi Windows, Linux dan macOS.

 

Kredit gambar: Opera [0]

 

Rujukan:

[0] http://www.opera.com/

[1] Opera 51 comes with improved browsing speed: http://blogs.opera.com/desktop/2018/02/opera-51/

 

Anda Mungkin Juga Berminat

GitHub Mengalami Serangan DDoS Terbesar Yang Pernah Dirakam GitHub, laman web pengehosan dan pengurusan kod sumber (source code hosting and management) terkemuka, telah mengalami serangan nafi khidmat teragih (distributed denial of service, DDoS) terbesar yang...
Perisian Pelayar Web Mozilla Firefox Versi 61 Dilancarkan Pembangun perisian pelayar web popular Mozilla Firefox telah melancarkan Mozilla Firefox versi 61 untuk sistem operasi atas meja (desktop). Versi 61 tersebut telah secara rasmi memasuki saluran stabil...
Laman HTTP Tidak Selamat – Chrome 68 Kredit: Chromium Blog   Pada 8 Februari 2018, pembangun perisian pelayar web popular, Chrome, telah mengumumkan bahawa bermula dengan pengeluaran Chrome 68, laman web yang masih menggunakan...
Ancaman Melombong Mata Wang Kripto Tanpa Izin “Cryptojacking” Masih Tinggi Melombong mata wang kripto tanpa izin atau lebih dikenali sebagai "cryptojacking" masih memberi ancaman yang tinggi pada pertengahan tahun 2018, menurut laporan oleh syarikat anti perisian hasad terke...