China Menambah 2 Satelit Navigasi BeiDou di Orbit, Roket Jatuh Berhampiran Rumah Penduduk

Pada 1:03PM 12 Februari 2018 waktu Malaysia, Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (China Aerospace Science and Technology Corporation, CASC) telah berjaya melancarkan roket Long March 3B dan meletakkan 2 satelit navigasi BeiDou generasi ke-3 ke orbit sederhana bumi (medium earth orbit, MEO). Roket Long March 3B/E yang menggunakan bahan bakar hipergolik itu bersama roket peringkat atas Yuanzheng-1 telah dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada 1:03PM waktu Malaysia.

Kejayaan misi itu telah disahkan oleh CASC lebih kurang 4 jam selepas pelancaran setelah roket peringkat atas Yuanzheng-1 berjaya meletakkan kedua-dua satelit ke orbit sasaran kira-kira 21,000 km dari bumi [1]. Pelancaran tersebut merupakan pelancaran roket ke-7 oleh China pada tahun 2018 yang merupakan pelancaran roket terbanyak berbanding negara-negara lain ketika artikel ini ditulis. Amerika Syarikat merupakan negara kedua terbanyak melancarkan roket ke angkasa ketika artikel ini ditulis dengan 5 pelancaran roket.

Roket setinggi kira-kira 56.3 meter itu mampu membawa muatan ke orbit rendah bumi (low earth orbit, LEO) sebanyak 11,500 kg. Kombinasi roket Long March 3B dan roket peringkat atas Yuanzheng-1 membolehkan muatan dihantar secara terus ke orbit bertenaga tinggi seperti orbit sederhana bumi (medium earth orbit, MEO) yang berketinggian dari 2,000 km hingga 35,786 km atau orbit geopegun (geostationary orbit, GSO) yang berketinggian 35,786 km. Ini menyebabkan satelit tidak perlu menggunakan bahan bakarnya sendiri untuk meletakkan satelit pada orbit operasi seterusnya memanjangkan jangka hayat satelit.


Klip video pelancaran roket Long March 3B membawa 2 satelit navigasi BeiDou
Kredit: China Central Television (CCTV) melalui SciNews [9]

IKLAN

[https://mybit.my/ms/?p=1414]

Sistem Navigasi Satelit BeiDou

Sistem Navigasi Satelit BeiDou adalah jawapan negara China untuk sistem navigasi satelit seperti GPS oleh Amerika Syarikat, GLONASS oleh Rusia, dan Galileo oleh Kesatuan Eropah. Ketika artikel ini ditulis, BeiDou mempunyai 26 satelit di orbit yang sedang dan bakal beroperasi.

Gambaran orbit satelit-satelit BeiDou yang berada di angkasa (merah). Orbit berwarna biru ialah orbit satelit Measat-3B yang beroperasi di orbit geopegun (geostationary orbit, GSO) sebagai perbandingan
Gambaran orbit satelit-satelit BeiDou yang berada di angkasa (merah). Orbit berwarna biru ialah orbit satelit Measat-3B yang beroperasi di orbit geopegun (geostationary orbit, GSO) sebagai perbandingan
Kredit: Space-Track [6], CelesTrak [7], dan JSatTrak [8]

 

Sistem BeiDou dijangka mempunyai 35 satelit di orbit setelah semua satelit dilancarkan. Sistem penuh BeiDou dijangka mempunyai 5 satelit yang beroperasi di orbit geopegun (geostationary orbit, GSO) berketinggian 35,786 km, 3 satelit beroperasi di orbit geopegun condong (inclined geostationary orbit, IGSO) pada ketinggian 37,786 km yang kecondongan sebanyak 55°, dan 27 satelit beroperasi pada 3 satah di orbit sederhana bumi (medium earth orbit, MEO) pada ketinggian 21,528 km yang kecondongan sebanyak 55° [4].

[https://mybit.my/ms/?p=1414]

Roket Jatuh Berhampiran Rumah Penduduk

Ini bukan kali pertama roket jatuh berhampiran rumah penduduk ketika pelancaran roket oleh China. Roket yang terpisah ketika pelancaran kali ini telah jatuh berhampiran rumah penduduk di daerah Tianlin di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang sebagaimana yang dilaporkan oleh GBTimes [1] dan forum NasaSpaceFlight [2].

Laluan perjalanan roket yang dirancang
Laluan perjalanan roket yang dirancang
Kredit: spaceflightfans.cn melalui NasaSpaceFlight [2]

 

Selain bahaya akibat badan roket jatuh dari langit, bahan bakar hipergolik yang digunakan oleh roket Long March 3B tersebut adalah toksik dan merbahaya.

Pada 12 Januari 2018, badan roket telah jatuh dan meletup berhampiran bangunan di pekan Xiangdu di daerah Tiandeng di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang kira-kira 700 km dari tapak pelancaran, akibat dari pelancaran roket Long March 3B yang turut membawa 2 satelit navigasi BeiDou ke orbit [3].

Gambar dari media sosial menunjukkan badan roket jatuh berhampiran rumah penduduk di daerah Tianlin

Gambar dari media sosial menunjukkan badan roket jatuh berhampiran rumah penduduk di daerah Tianlin
Gambar dari media sosial menunjukkan badan roket jatuh berhampiran rumah penduduk di daerah Tianlin
Kredit: NasaSpaceFlight [2]

 

Gambar menunjukkan pekerja memakai sut khas untuk mengendalikan Space Shuttle mini X-37B yang turut menggunakan bahan bakar hipergolik
Gambar menunjukkan pekerja memakai sut khas untuk mengendalikan “Space Shuttle” mini X-37B yang turut menggunakan bahan bakar hipergolik
Kredit: Gambar ihsan Tentera Udara Amerika Syarikat [5]

 

Kredit gambar: ChinaNews melalui GBTimes [1]

[https://mybit.my/ms/?p=1414]

Rujukan:

[1] China sends new pair of Beidou navigation system satellites to medium Earth orbit with seventh launch of 2018: https://gbtimes.com/china-sends-new-pair-of-beidou-navigation-system-satellites-to-medium-earth-orbit-with-seventh-launch-of-2018

[2] BeiDou-3 MEO-3 & MEO-4 – CZ-3B/YZ-1 – XSLC – February 12, 2018 (~05:10 UTC): https://forum.nasaspaceflight.com/index.php?topic=43127.20

[3] Rocket booster drops from sky and explodes near town after Chinese space launch: https://gbtimes.com/rocket-booster-drops-from-sky-and-explodes-near-town-after-chinese-space-launch

[4] BEIDOU GLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEM: https://www.glonass-iac.ru/en/guide/beidou.php

[5] X-37B OTV4 lands at Kennedy Space Center: https://www.dvidshub.net/image/3362967/x-37b-otv4-lands-kennedy-space-center

[6] https://www.space-track.org

[7] https://www.celestrak.com/NORAD/elements/

[8] JSatTrak: http://www.gano.name/shawn/JSatTrak/

[9] Beidou-3 navigation satellites launched by Long March-3B: https://www.youtube.com/watch?v=hUpiKKMSbQ0

Anda Mungkin Juga Berminat

China hantar pendarat dan perayau Chang’e-4 ke permukaan Bulan yang tidak menghadap Bumi Sebuah roket Long March 3B telah dilancarkan dari Xichang Satellite Launch Center, China, membawa pendarat dan perayau yang dikenali sebagai Chang'e-4 ke Bulan. Pelancaran tersebut telah dilakuk...
Pengendali radio amatur menerima gambar Bumi dan Bulan dari satelit mikro Longjiang-2 yang sedang me... Seperti kebanyakan satelit mikro lain, satelit DSLWP-B / Longjiang-2 yang sedang mengorbit bulan membolehkan pengandali radio amatur menerima signal radio dari satelit tersebut . Bergantung kepada jen...
Roket Soyuz ST-B / Fregat Berjaya Menghantar 4 Satelit O3b ke Orbit Sederhana Bumi Kemas kini terakhir: 4:00 AM, 10 Mac 2018 Roket Soyuz ST-B bersama roket peringkat atas Fregat yang dioperasikan oleh Arianespace telah berjaya melancarkan 4 buah satelit O3b ke orbit sederhana bumi ...
Stesen angkasa Tiangong-2 China akan ditamatkan perkhidmatan dan keluar orbit secara terkawal pada J... Stesen angkasa kedua China, Tiangong-2 akan ditamatkan perkhidmatan dan akan melakukan proses keluar orbit secara terkawal pada Julai 2019, menurut Lin Xiqiang, timbalan pengarah 'China Manned Space E...